Wednesday, September 5, 2012

Pencarum KWSP memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

Posted by Smookiekins On 9/05/2012 09:12:00 AM
Lebih ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata ini menunjukkan yang lebih ramai ahlinya semakin cekap menguruskan simpanan persaraan berikutan peningkatan jangka hayat Malaysia.

Ini terbukti dengan meningkatnya pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun dalam suku kedua tahun ini dengan jumlah permohonan melonjak 43 peratus kepada 37,602 berbanding 26,313 dalam suku yang sama tahun 2011, katanya.

Ketua pegawai eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata jumlah pengeluaran di bawah pengeluaran fleksibel meningkat 53.99 peratus, berjumlah RM1.51 bilion berbanding RM981.37 juta dalam suku yang sama tahun 2011.


Azlan berkata, selaras dengan jangka hayat yang kian meningkat, pengeluaran fleksibel semakin mendapat sambutan di kalangan ahli yang telah mencapai umur 55 tahun sejak pengeluaran ini mula diperkenalkan pada 2007.

“Adalah membanggakan jumlah permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun pada separuh kedua 2012 telah meningkat dengan ketara sebanyak 178 peratus berbanding 13,533 permohonan tiga tahun lepas (2009). Ini ialah kerana ahli kini lebih sedar akan keperluan untuk meningkatkan dan memanjangkan tempoh simpanan persaraan mereka,” kata beliau.

Selain daripada pengeluaran fleksibel, ahli juga boleh memilih untuk pengeluaran sekali gus selepas umur 55 tahun, kata beliau. Beliau berkata berikutan meningkatnya kesedaran ahli mengenai kepentingan menguruskan simpanan persaraan dengan lebih cekap, jumlah permohonan diluluskan untuk pengeluaran secara sekali gus mencatatkan hanya pertumbuhan nominal sebanyak 1.62 peratus pada suku berkenaan dengan 44,391 permohonan berbanding 43,683 permohonan dalam suku yang sama 2011.

Jumlah pengeluaran pada suku berkenaan untuk pengeluaran secara sekali gus berjumlah sehingga RM1.86 bilion, naik 11.24 peratus daripada RM1.67 bilion dalam suku yang sama tahun lepas.
Di bawah Pengeluaran Pendidikan, jumlah permohonan yang diluluskan meningkat 19.85 peratus kepada 16,677 permohonan dalam suku kedua tahun ini daripada 13,915 pada suku kedua 2011 dengan jumlah pengeluaran RM73.70 juta daripada RM67.53 juta dalam tempoh yang sama 2011.
Untuk melindungi simpanan persaraan ahli, KWSP telah mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang terlibat dalam penipuan pengeluaran.

Sejak 1 Jan hingga 30 Jun, 2012, 16 kes telah difailkan di mahkamah manakala 26 laporan polis telah dibuat terhadap penipuan pengeluaran. Dalam tempoh yang sama, 11 ahli telah disabitkan kesalahan dan didenda sejumlah RM23,500 oleh mahkamah bagi kesalahan berkenaan.

Pada masa ini, KWSP memberikan perkhidmatan kepada 13.35 juta ahli, meningkat 3.27 peratus daripada 12.93 juta ahli dalam suku kedua 2011.

Sumber: New Sabah Times

6 comments:

  1. biarlah pencarum membuat pilihan bila mereka ingin keluarkan wang simpanan mereka.

    ReplyDelete
  2. baguslah syarat2 pengeluaran KWSP tidak terlalu ketat.. memang perlu ada fleksibiliti mengikut kemahuan pencarum..

    ReplyDelete
  3. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan. Perlu ditetapkan sebaiknya mengenai persaraan KWSP ini.

    ReplyDelete
  4. sesuailah 55 tahun tu.janganlah dinaikkan lagi hingga 60 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya yang pencen akan memerlukan wang KWSP untuk menyara hidup

      Delete
  5. Lebih baik pencarum mempunyai pilihan untuk mengeluarkan KWSP mereka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...