Showing posts with label Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Pencarum KWSP memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

Posted by Smookiekins On 9/05/2012 09:12:00 AM
Lebih ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata ini menunjukkan yang lebih ramai ahlinya semakin cekap menguruskan simpanan persaraan berikutan peningkatan jangka hayat Malaysia.

Ini terbukti dengan meningkatnya pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun dalam suku kedua tahun ini dengan jumlah permohonan melonjak 43 peratus kepada 37,602 berbanding 26,313 dalam suku yang sama tahun 2011, katanya.

Ketua pegawai eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata jumlah pengeluaran di bawah pengeluaran fleksibel meningkat 53.99 peratus, berjumlah RM1.51 bilion berbanding RM981.37 juta dalam suku yang sama tahun 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...