Rakyat digesa agar meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya samseng. Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata masyarakat perlu meningkatkan rasa kasih sayang dan hormat-menghormati agar kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat sentiasa terpelihara.
“Budaya ganas dan tidak menghormati pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh beberapa individu tidak bermoral baru-baru ini, bukan budaya kita,” ujar beliau.
Katanya, cogankata ‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh’ masih relevan diamalkan oleh manusia sejagat demi kesejahteraan yang mana selain menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, turut dapat menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh dan harmoni.
“Saya amat faham dengan sikap sebilangan individu yang mana mungkin tidak berpuas hati dengan pemimpin yang sedia ada sekarang, tetapi itu tidak bermakna mereka berhak untuk memburuk-buruk atau menghina pemimpin secara keterlaluan sehingga memijak-mijak gambar pemimpin di khalayak ramai.
“Malah jika diikutkan, golongan seperti itu telah pun diterapkan dengan nilai-nilai moral di sekolah dan sepatutnya tahu menjaga tatatertib mereka,” tegas Jahid.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hari Raya anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Perpaduan Topokon, dekat sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata, budaya samseng yang dibawa oleh pengaruh luar itu hanya akan merosakkan imej negara dan golongan belia di Malaysia sendiri jika mereka tidak berfikir sebelum bertindak.
“Kita telah dianugerahi akal dan fikiran, jadi sebaik-baiknya ilmu pengetahuan itu digunakan tanpa memudaratkan diri kita sendiri.
Turut hadir Pegawai Kerja Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Sungkim Rumangun, ahli-ahli KRT dan kakitangan Tabika Kemas Topokon.
Sumber: New Sabah Times
"meningkatkan rasa kasih sayang dan hormat-menghormati agar kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat sentiasa terpelihara."
ReplyDeleteItu sudah semestinya perlu ada dalam bermasyarakat ini. Jadi simpanlah dalam diri kita sebagai manusia.
Budaya samseng tidak patut dicontohi. Perlu dijauhi kerana ia akan memberikan pelbagai keburukkan.
ReplyDeletejgn jadi samseng,jadilah insan berguna dan bersikap baik.
ReplyDeletetolak pembangkang, maka terhapuslah budaya samseng di negara ini.. siapa yang bawa budaya ini jika bukan pemimpin2 pembangkang..
ReplyDeletehanya kerana ingin memerintah, habis semua rakyat dibawanya kejalanraya untuk melakukan kerja2 provokasi..
ReplyDeletetidak cukup dengan kerja2 provokasi, Pakatan melalui blogger mereka melancarkan pula penghinaan terhadap budaya di sabah..
ReplyDelete