Friday, September 14, 2012

Garis panduan laksana gaji minimum dimuktamad: MPGN

Posted by Smookiekins On 9/14/2012 08:17:00 AM

Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) telah memuktamadkan garis panduan pelaksanaan perintah gaji minimum 2012, menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia kelmarin.

Garis panduan tersebut antara lain menerangkan mengenai gaji minimum pekerja bergaji harian, bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar secara piece-rated, tonnage, trip dan komisen.

Ia juga memberi penjelasan mengenai penstrukturan semula gaji setelah majikan berunding dengan pekerja dan permohonan penundaan oleh majikan.

“Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, tarikh kuat kuasa bermula 1 Januari 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat kepada urusetia MPGN sebelum atau pada 2 Oktober 2012.
“Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh kuat kuasa bermula 1 Julai 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 1 April 2013,” menurut kenyataan itu. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.mohr.gov.my.

Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta telah dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April 2012 dan telah diwartakan pada 16 Julai 2012. Perintah gaji minimum 2012 berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dan kadar gaji minimun akan dikaji semula setiap dua tahun sekali.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyentuh isu perumahan mampu milik dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 Sept.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata Perdana Menteri juga begitu prihatin berhubung isu berkenaan dan akan bertanya mengenainya dalam setiap mesyuarat jemaah menteri.

“Saya tidak tahu apa yang akan dinyatakannya, tapi beliau akan menyatakan sesuatu dalam belanjawan bagi menunjukkan keprihatinannya berhubung isu itu,” katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran kementerian di sini.

Berhubung perkara sama, Chor berkata kementeriannya sedang menyediakan kertas kerja, menyenaraikan isu-isu dan langkah-langkah yang disyorkan berhubung isu itu yang akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebagai satu panduan kepada kerajaan.

Katanya idea itu dijana melalui tiga seminar dan perbincangan meja bulat dengan pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), persatuan pembeli rumah, persatuan arkitek dan profesional yang lain.

“Sebagai contoh, sekarang, bagi mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM7,000, ia agak sukar bagi mereka untuk membeli rumah kerana tidak mampu dan hanya mampu membeli rumah yang berharga tidak melebihi RM400,000.

“Untuk membeli sebuah rumah dengan kos RM400,000 mungkin mereka terpaksa duduk jauh dari tempat kerja. Harap-harap kerajaan akan dapat segera membantu meringankan keadaan ini,” katanya.

Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Kerajaan teruskan usaha bagi bagi mendapatkan penyelesaian mengenai masalah sebegini.

    ReplyDelete
  2. Kajian perlu dibuat untuk memastikan gaji minimum ini sememangnya sesuai dengan keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  3. syabas kepada Najib kerana banyak melakukan perubahan kepada negara ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM Najib merupakan pemimpin yang prihatin

      Delete
  4. Kerajaan telah buktikan yang rakyat diutamakan melalui minimum wage.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...