Hospital Daerah Tuaran dalam beberapa aktiviti tahunannya telah
menganjurkan majlis dua dalam satu iaitu Kempen Nafas Baru Bulan Ramadan
dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun 2012 peringkat Hospital
Tuaran, dekat sini baru-baru ini.
"Tak Nak" merokok dan "Nak" menyusukan bayi
Majlis tersebut diadakan untuk lebih menekankan slogan ‘Tak Nak’
bagi individu-individu yang ingin berhenti merokok termasuk
persekitarannya dan slogan ‘Nak’ untuk proses penyusuan susu ibu yang
lebih menjurus kepada pemakanan yang seimbang bagi seseorang bayi.
Jawatankuasa Sambutan telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah
Tuaran, Tah Nia Hj. Jaman bagi merasmikan gabungan dua program
berkenaan. Dalam ucapannya, Tah Nia menyatakan rasa kagumnya terhadap
penganjuran tersebut yang disifatkannya sebagai satu pendorong bagi
generasi yang akan datang dalam menjaga kesihatan diri dengan menjauhi
rokok selain pemakanan seimbang kepada seorang ibu dan bayi.
“Kempen seperti ini sememangnya suatu keperluan, kerana melihat
keadaan sekarang, perbuatan merokok seolah-olah sudah menjadi satu trend
yang biasa dalam kalangan remaja malah bagi sesetengah mereka, rokok
adalah satu keperluan untuk setiap orang remaja".
Tambahnya, manakala bagi setiap ibu pula, mengamalkan amalan
penyusuan ibu dan menjaga pemakanan secara seimbang juga dilihat satu
keperluan terutamanya untuk kebaikan bayi-bayi mereka.
Sementara itu, Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G. Mohan berkata
perkara paling utama dalam aspek penjagaan kesihatan adalah dengan
menghindarkan diri daripada gejala seperti rokok, arak dan sentiasa
menjaga pemakanan yang seimbang selain aktif bersenam atau bersukan.
“Ketika hamil, anda sentiasa menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan sihat dan mendapat cukup nutrisi. “Apabila bayi sudah lahir, anda juga harus menjaga pemakanan harian
kerana susu ibu akan membekalkan semua zat yang diperlukan untuk
membesar dan menjana perkembangan otaknya. “Jadi, apa yang anda makan sepanjang tempoh menyusu adalah amat penting untuk kesejahteraan bayi anda,” ujar beliau.
Selepas majlis perasmian selesai, Tah Nia turut dijemput untuk melawat sekitar tapak pameran yang berkaitan dua kempen tersebut.
Sumber: New Sabah Times
untuk kempen "Jom Tak Nak" lagi bagus jika dapat diadakan di sekolah2 atau institusi pengajian tinggi..
ReplyDeletesekarang ini ada banyak kaedah, ubat2an atau alatan yang boleh membantu dalam menghentikan tabiat merokok.. mungkin semua kaedah ini boleh didedahkan dalam mana2 kempen berhenti merokok..
ReplyDeleteKesedaran bermula dari diri sendiri juga. Berubah demi kebaikan bersama.
ReplyDeleteUbahlah untuk kebaikan kesihatan diri dan bayi.
Deletemoga kempen ini berjaya mencpai matlamatnya.
ReplyDeleteKempen ni diharap dapat mencapai sasarannya dan menimbulkan kesedaran yang lebih tinggi.
ReplyDeleteSusu ibu merupakan yang terbaik buat bayi. mungkin ibu2 yang bekerja perlu ambil alternatif lain agar dapat mengambil masa dengan bayi mereka.
ReplyDeleteSokong kempen tak nak merokok dan sokong kempen nak menyusukan bayi! Harap Hospital Tuaran mampu menyebarkan kesedaran ini kepada masyarakat tempatan.
ReplyDelete