Friday, June 22, 2012

Yahya: Industri tenusu berkembang pesat di Sabah

Posted by Smookiekins On 6/22/2012 10:44:00 AM

Industri tenusu di negeri ini semakin berkembang dengan pesat dengan kemampuan pengeluaran hampir 10 juta liter susu setahun dan Sabah merupakan pengeluar utama susu segar untuk program susu sekolah negeri dan Program Susu 1Malaysia. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Husin, berkata industri susu di negeri ini bermula dengan Projek Lembu Tenusu awal tahun 1980an secara kecil-kecilan dengan pemilikan dua hingga lima ekor setiap penternak.


Industri Tenusu



Yahya berkata demikan ketika merasmikan Majlis Pelantikan Syarikat Peneraju dan Penyerahan Input EPP 13 Kulster Tensusu Sabah di ladang Evergreen Livestock Farm Sdn. Bhd di sini. Lebih membanggakan kata Yahya, susu segar juga dieksport ke negara jiran seperti Brunei, Sarawak dan semenanjung. Malahan katanya industri tenusu di negeri ini juga semakin meningkat dengan projek terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak di Sook yang dikenali sebagai Keningau Integrated Livestock Centre (KILC).

“Dengan perkembangan ini industri tenusu di Sabah mempunyai potensi yang besar dan cerah jika diterokai dengan baik, selain pengeluaran susu segar, sektor ini juga boleh digembleng supaya mewujudkan industri asas tani dan hiliran tinggi seperti penghasilan produk berasaskan susu seperti keju, mentega, yoghurt, ais krim, susu tepang dan pelbagai lagi,” kata Yahya.

Katanya, indusrti itu juga mempunyai potensi untuk mengeluarkan ternakan bibit tenusu seperti Sahiwal Friesian untuk dieksport ke negara-negara rantau. Oleh itu kata Yahya, peranan pihak swasta selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETF) dalam industri tenusu Sabah perlu dilaksanakan agar sumbangan kepada Pendapatan Negara Kasar dapat direalisasikan, dengan itu kata Yahya kewujudan EPP 13 Kulster Tenusu di daerah ini adalah tepat.

Mengenai pelantikan Syarikat Evergreen Livestock Sdn. Bhd sebagai syarikat peneraju adalah tepat kerana industri tenusu telah mencapai skala komersial yang mapan. Seramai 90 penternak telah menyertai projek EPP 13 Kluster Tenusu di negeri ini yang diterajui oleh Tokoh Penternak Sabah, Datuk Yap Yun Fook.
Beliau berharap industri tenuju di bawah projek NKEA bersama dengan syarikat peneraju itu akan berkembang pesat, yang seterusnya memberi peluang pekerjaan, penambahbaikan teknologi tempatan serta meningkatkan pendapatan penternak.

Beliau turut menyeru kepada penternak yang menerima input berupa peralatan dan ternakan diusahakan bagi mengoptimakan pengeluaran susu segar di Sabah.

“Input yang diberikan kepada kulster tidak harus dianggap sebagai bantuan, subsidi atau barangan percuma , sebaliknya dibayar melalui pencapaian KPI yang telah ditetapkan bersama dengan kementerian, dimana segala usaha harus digembleng supaya output yang dihasilkan akan memberi kesan dan impak yang nyata dan positif untuk industri ternakan negara,” ujar Yahya.

Beliau turut menggalakkan lebih banyak projek dicadangkan dalam EPP-EPP dan Pertanian. Pihak swasta dan syarikat dibawah kerajaan negeri (GLCs) juga diseru supaya melabur dalam bidang-bidang pengeluaran seperti sarang burung,walit, mini estet rumai laut, penternakan dalam sangkar, taman pengeluaran makanan, penanaman padi, penambahan ladang fidlot lembu, integrasi lembu di ladang kelapa sawit dan dan projek lain yang boleh diterokai di negeri ini.

Sumber: New Sabah Times

10 comments:

  1. Baguslah..tidak payah lagi import2 dari luar negara. yang penting cukup untuk keperluan sendiri.

    ReplyDelete
  2. industri ini makin berkembang, baik ceburi dalam bidang ini.

    ReplyDelete
  3. Sabah sememangnya mempunyai potensi yang besar bukan sahaja melalui sektor pelancongan, malah sektor pertanian dan ternakan. malah jika sektor pertanian dan ternakan Sabah ini mampu sampai ke tahap export ke merata dunia, sedikit sebanyak ia juga mampu memberikan impak kepada sektor pelancongan..

    ReplyDelete
  4. Program Susu Segar adalah projek yang bagus untuk para pelajar tempatan, ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan para pelajar kita mendapat khasiat yang mencukupi menerusi susu percuma.

    ReplyDelete
  5. Semoga kerajaan kita akan membuat pengajian bagaimana membantu memperkembangkan lagi industri tenusi di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan dalam industri tenusu harus disokong.

      Delete
  6. Tidak sangka pula yang penternakkan dan Tenusu di Keningau adalah yang terbesar di Sabah ini. Memang patut menjadi pembakar semangat untuk kita join aktiviti ini.

    ReplyDelete
  7. Industri tenusu di Sabah harus diperkembangkan lagi supaya boleh menjadi salah satu pendapat Sabah.

    ReplyDelete
  8. bukan saja industri ternakan, malah Sabah juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pertanian..

    ReplyDelete
  9. apa2pun saya harap industri tenusu ini terus berkembang maju di Sabah sekaligus meletakkan negeri Sabah dalam senarai dunia sebagai pengeluar susu segar terbesar dunia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...