Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah (SWCS) akan mengadakan
sambutan Hari Alam Sekitar Dunia di Kota Kinabalu Wetlands pada 7 Jun
ini, dengan tumpuan kepada ekonomi hijau. Presiden SWCS Zainie Abdul Aucasa berkata
sambutan akan dilancar Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.
“Dalam usaha ke arah ekonomi hijau dan pembangunan lestari, SWCS
menganjurkan kempen mengumpul tandatangan sebagai sokongan kepada Kota
Kinabalu Wetlands dengan slogan ‘Tanah lembap kita untuk hari ini dan
generasi akan datang’,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Katanya tindakan itu susulan cadangan pembinaan kondominium
berdekatan kawasan tersebut yang mungkin menjejaskan Kota Kinabalu
Wetlands.
Tandatangan yang dikumpul akan diserah kepada pihak berkuasa
berkaitan agar bantahan terhadap projek kondominium tersebut dapat
dipertimbang dengan sewajarnya, kata Zainie.
Usaha itu juga adalah sebahagian langkah SWCS untuk mendapatkan status ‘Ramsar Site’ bagi Kota Kinabalu Wetlands, katanya.
Beliau berkata SWCS berusaha untuk
memulihara kawasan paya bakau seluas 24 hektar di Kota Kinabalu Wetlands
menjadi kawasan perlindungan kepada lebih 90 spesies burung dan haiwan
akuatik.
Zainie berkata di Malaysia terdapat enam kawasan tanah lembap
diisytihar sebagai ‘Ramsar Site” dan satu daripadanya di Sabah iaitu
Lower Kinabatangan-Segama Wetlands.
Sumber: New Sabah Times
penjagaan alam sekitar patut di amalkan, ia penting untuk generasi akan datang.
ReplyDeleteHari Alam Sekitar Dunia is a good way to promote awareness about the environment to more people. So that our next generation can still enjoy the environment today.
ReplyDeleteHope that SWCS will continue their efforts to protect the birds and aquatic life.
ReplyDeleteBetul..Kita perlulah menjaganya bersama. Jika bukan kita siapa lagi yang diharapkan untuk semua ini.
ReplyDeletesama2 mengekalkan bumi hijau
DeleteSama2 la kita menjaga kebersihan alam sekitar.
ReplyDeleteusaha menyelamatkan tanah lembab di negeri ini pasti akan mendapat perhatian dan sokongan kerajaan.. dibawah program SFM(sustainable forest management), semua implikasi pembangunan terhadap alam sekitar pasti akan mendapat perhatian..
ReplyDelete