Bahagian Penguatkuasaan Kastam Cawangan Marin Kota Kinabalu berjaya menumpaskan penyeludupan rokok jenama ERA Premiun 20s yang dianggarkan bernilai RM 155,400 termasuk cukai di kawasan Pekan Sipitang. Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah, Hamzah Sundang berkata,
pihaknya turut menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 43 tahun
ditahan untuk siasatan lanjut.
Kastam Sabah tumpas penyeledupan rokok
Turut dirampas sebuah kenderaan Nissan Navara dengan nilai anggaran RM70,000 digunakan dalam penyeludupan berkenaan dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11.00 pagi. Kesemua rokok ini dipercayai jenis seludup yang tidak bertanda
amaran kesihatan oleh kerajaan Malaysia dan cukai Kastam atasnya belum
dibayar.
Beliau berkata rokok-rokok ini mungkin dipasarkan kepada penjaja haram di kawasan kedai dan pasar am di sekitar daerah ini. Katanya lagi, modus operandi aktiviti ini agak baru kerana
menggunakan kenderaan pacuan 4 roda berkuasa tinggi yang boleh
melepaskan diri jika diserbu oleh penguatkuasaan.
“Orang awam diingatkan jangan membeli rokok tiruan dan juga rokok
seludup kerana pembuatannya tidak menepati piawaian keselamatan pengguna
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuatkuasa,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum
mengikut seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana dengan disedari
mengangkut barang-barang berduti, barang-barang belum lulus kastam atau
larangan dengan niat merugikan kerajaan terhadap apa-apa duti ke
atasnya, atau mengelak daripada mana-mana peruntukan akta ini yang
memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda tetapi tidak
lebih 20 kali ganda nilai.
Sumber: New Sabah Times
Ramai juga yang support penyeludupan dan penjualan rokok haram ni sebab rokok ni murah banding dengan rokok yang sah dan sudah dikenakan cukai.
ReplyDeleteKetatkan penguatkuasaan dan pergiatkan lagi siasatan. pasti aktiviti ni dapat ditumpaskan.
ReplyDeleteTahniah kepada Bahagian Penguatkuasaan Kastam kerana berjaya menumpaskan penyeledupan rokok haram dan rokok tiruan. Teruskan usahah lagi.
ReplyDeleteCara yang terbaik untuk memberhentikan cubaan penyeledupan rokok haram adalah berhenti membeli rokok haram ini.
ReplyDeletetahniah kepada pihak kastam, kita seharusnya jgnlah memberi rokok seludup, ia hnya mengalakkan lagi kegiatan tersebut.
ReplyDeleteTeruskan usaha membenteras kes mengenai rokok seludup ini. Jika dilihat rokok seludup ini semakin berkembang di Sabah dan permintaan yang agak tinggi. Maka pihak berkuasa harus memainkan peranan untum mengawal dan membenteras kegiatan ini.
ReplyDeleteMemang perlu diteruskan. Pihak kastam perlu kerapkan operasi.
DeleteBagus. Tindakan pihak kastam Sabah harus dipuji.
ReplyDeletesehingga hari ini, masih juga ada jual rokok premium dan era di kaki2 lima, pasar dan sebagainya..
ReplyDeleteapa2pun tahniah kepada pihak Kastam dan teruskan usaha membanteras penyuludupan..
ReplyDelete