Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman berjumlah RM235
juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk membina sebuah loji rawatan air
baharu untuk manfaat kira-kira 200,000 penduduk Keningau. Perdana Menteri berkata pada masa ini segala dokumen mengenainya
sedang disiapkan dan projek berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja
proses penyediaan dokumen berkenaan selesai.
Loji Rawatan Air
“Saya datang ni bukan dengan tangan kosong. Saya datang kerana
beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin Sabah minta saya buat sesuatu
untuk Keningau. (Timbalan Ketua Menteri) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
mencadangkan dan disokong oleh Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua
Menteri Sabah. “Setiap kali saya naik helikopter dengan Pairin dan Musa, dia sebut
itu sahaja (kepada saya). Saya kata, tunggulah, bila saya datang ke
Keningau, saya akan buat pengumuman,” katanya ketika berucap pada majlis
perasmian Pusat Kraftangan Sabah di sini, hari ini.
Menurut Najib, projek berkenaan antara lain melibatkan pembinaan
lima tangki simpanan serta paip transmisi sejauh 42.8 kilometer dan akan
mengambil masa 35 bulan untuk disiapkan. Najib berkata projek yang fokus kepada golongan sasar yang begitu
besar itu adalah contoh kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan
Kerajaan Persekutuan yang boleh menterjemahkan keputusan meskipun
melibatkan perkara besar.
Menurut Najib pinjaman berkenaan juga membuktikan kemampuan kerajaan
yang diterajui Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara
untuk masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. Katanya, apa yang dilakukan kerajaan BN berbeza dengan pembangkang
kerana apabila kerajaan melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) dan ada cadangan supaya dilaksanakan BR1M 2, pembangkang pula sibuk menganjurkan Bersih 2, 3.
Najib berkata apabila pembangkang membuat kerosakan dengan
berdemonstrasi di jalan raya, kerajaan BN pula melaksanakan kerja amal
dan berharap rakyat sendiri akan menilai perbezaan ini dan akan membuat
keputusan tepat dalam memilih sesuatu kerajaan. Sehubungan itu, Najib yakin Sabah masih simpanan tetap kepada BN dan
mengajak rakyat supaya terus bersatu menyokong kerajaan yang memerintah
hari ini serta mengelak sebarang bentuk perbalahan.
Mengenai Pusat Kraftangan Sabah di Keningau itu, Najib berkata ia
dibangunkan oleh kerajaan Sabah melalui Yayasan Sabah dengan kos RM30 juta manakala peralatan seperti mesin dan kemudahan latihan adalah sumbangan kerajaan Persekutuan berjumlah RM20 juta. Katanya projek berkenaan juga merupakan satu contoh kesan hubungan
erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam bentuk saling bantu
membantu dalam menyediakan latihan dan pembelajaran sempurna untuk
mengangkat seni dan kreativiti rakyat Sabah sehingga ke persada
antarabangsa.
Najib berkata Sabah memiliki nilai kesenian dan kreativiti yang
tinggi dan kerajaan tidak mahu melihat kelebihan yang dimiliki rakyat
Sabah terhenti setakat peringkat kampung atau negeri sebaliknya ia perlu
diangkat ke peringkat lebih tinggi. Menurut Najib, kerajaan pimpinannnya mempunyai agenda besar dan
perancangan jelas dan jitu untuk Sabah dalam program transformasi
kerajaan yang bertujuan untuk membawa keseimbangan pembangunan bandar
dan luar bandar serta keadilan sosial kepada rakyat.
Sumber: New Sabah Times
Bertuahnya Keningau boleh dapat peruntukan bina loji rawatan air. mungkin daerah lain pun harapkan juga peruntukan untuk atasi masalah yang sama.
ReplyDeleteKalau ada pihak yang persoalkan kekerapan kedatang PM ke Sabah sebelum ni, inilah jawapannya.
ReplyDeletelagi kerap lagi bagus.. sebab setiap kali PM datang melawat ke negeri ini pasti akan ada pengumuman peruntukkan..
DeleteSemoga pinjaman RM235 juta ini akan digunakan untuk membina loji rawatan air bersih di Sabah.
ReplyDeleteSemoga selepas loji rawatan air ini sudah disiapkan, rakyat bolehlah menikmati bekalan air bersih yang mencukupi.
ReplyDeletegunakan wang tersebut sebaiknya untuk membina loji rawatan air.
ReplyDeleteBerita baik untuk penduduk Keningau. Pinjaman daripada kerajaan pusat untuk memastikan bekalan air di Kawasan Keningau dapat diselesaikan.
ReplyDeleteMemang berita baik untuk penduduk Keningau. Harap projek loji rawatan air tu dapat memberi manfaat.
DeleteBagus. Keperihatinan pemimpin Sabah harus dipuji. Walaupun bukan peruntukan tapi bukan alasan loji rawatan air tidak dapat dibina.
ReplyDeleteramai pihak yang mempertikaikan peruntukkan ini.. malah ada yang menimbulkan persoalan berkenaan dengan kesungguhan kerajaan sepanjang memerintah negara ini.. perlu diingat, negara China yang pesat membangun juga masih berhadapan dengan masalah kekurangan air bersih.. bukan disebabkan kurang komitment kerajaan, sebaliknya disebabkan oleh pertumbuhan penduduk..
ReplyDelete