Orang ramai dijemput untuk memeriahkan perayaan Pesta Kaamatan
peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kg. Dungkahang /
Dahab Penampang pada 1 Julai 2012 (di Mini Dewanraya Kg. Dungkahang,
Penampang. Menurut Pengerusi Penganjur perayaan, Vitalis Gondipon, pelbagai
acara menarik telah diatur untuk memeriahkan lagi perayaan itu
termasuklah Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-kanak.
Pesta Kaamatan peringkat Kampung Dungkahang
Menurutnya lagi, walaupun musim perayaan sudah lama berlalu, namun
semangat serta keinginan untuk mengadakan perayaan di kampung masih
berkobar-kobar. Mengikut sejarah, perayaan tersebut sudah lama tidak
diadakan di kampung berkenaan lebih 25 tahun yang lalu. Oleh itu, perayaan Pesta Kamatan pada tahun ini amat bermakna sekali
terutamanya kepada penduduk kampung ini kerana ia bertujuan untuk
memupuk semangat kerjasama dan mengeratkam lagi silaturahim sesama
mereka.
Perayaan Pesta Kaamatan ini akan dirasmikan oleh A dun Moyog, Datuk
Donald Peter Mojuntin yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah. Terdahulu, pertandingan Sugandoi dan acara sukaneka akan diadakan
sehari sebelum perayaan iaitu pada 30 Jun 2012 di tempat yang sama.
Sehubungan dengan itu, orang ramai terutamanya penduduk kampung
berdekatan dijemput hadir bagi memeriahkan perayaan yang akan bermula
pada jam 12 tengahari.
Sumber: New Sabah Times
ramai2 kita datang pesta tersbut.
ReplyDeleteRasanya ramai orang yang akan menghadiri pesta Kaamatan pada 1 Julai nanti.
Deleteyang masih tidak tahu tempat dia, kamu tunggu saja 1 Julai.. mana2 jalan jem, kamu ikut saja di belakang.. confirm sampai juga tu..
ReplyDeleteWah!Lama sudah o kampung tu tidak sambut pesta kaamatan.
ReplyDeleteBah, ini kalilah enjoy sampai puas.
DeleteBoleh join pesta kaamatan sana
DeleteBiasa juga tu kaamatan disambut bukan bulan 5 sebab bulan 5 memang sibuk, banyak perayaan.
ReplyDeleteSetiap kampung yang diduduki oleh Kaum Kadazan Dusun pastikan mengadakan pesta kaamatan ini.
ReplyDeletePasti meriah di Dungkahang
ReplyDelete