Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan sebanyak
300 inovasi dari seluruh negara akan dapat dihasilkan sepanjang tahun
ini menerusi pelbagai program yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi
Malaysia (YIM).
Menterinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, antara program yang menjadi sasaran utama ke arah mencapai matlamat itu ialah melalui Jejak Inovasi dan juga Hands-on Kids Invents yang sedang dilaksanakan di setiap negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Jejak Inovasi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini, kelmarin. Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Yussof Mahal, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Zainul Abidin Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Mimie Duasah.
Katanya, Labuan pada tahun ini berjaya menghasilkan 29 buah untuk di dokumentasikan ke dalam pangkalan data.
Daripada jumlah itu kataya, sebanyak tujuh inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan akan diberi pengiktirafan oleh YIM, selain diberi bimbingan. Sementara itu, Mosti akan memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk diberikan kepada tujuh pencipta yang berkenaan.
Katanya, peruntukan itu adalah sebagai galakan kepada mereka untuk terus menghasilkan dan mempertingkatkan mutu dan keberkesanan produk reka cipta mereka.
Dalam pada itu, seramai 300 pelajar dari 12 buah sekolah di Labuan juga telah berjaya menyertai program Kids Invents.
Maximus berkata, program Jejak Inovasi adalah program turun padang untuk meninjau produk-produk inovasi di kawasan pendalaman di seluruh Malaysia yang telah pun di mulakan di Melaka Terangganu, Kelantan, Sarawak dan Labuan merupakan negeri yang ketujuh dan akan diadakan di Sabah pada 19Mei depan.
Pada majlis itu, Maximus turut melancarkan acara perlepasan konvoi Jejak Inovasi yang melibatkan 16 buah kereta pacuan empat roda serta melawat pameran inovasi yang diadakan ruang tempat letak kereta tingkat bawah Ujana Kewangan yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menterinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, antara program yang menjadi sasaran utama ke arah mencapai matlamat itu ialah melalui Jejak Inovasi dan juga Hands-on Kids Invents yang sedang dilaksanakan di setiap negeri.
Generasi Berfikiran Inovasi
“ Pada tahun ini YIM yang diamanahkan
untuk melatih 5,000 pelajar di seluruh negara dengan menyasarkan 300
buah produk inovasi mampu dihasilkan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Jejak Inovasi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini, kelmarin. Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Yussof Mahal, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Zainul Abidin Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Mimie Duasah.
Katanya, Labuan pada tahun ini berjaya menghasilkan 29 buah untuk di dokumentasikan ke dalam pangkalan data.
Daripada jumlah itu kataya, sebanyak tujuh inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan akan diberi pengiktirafan oleh YIM, selain diberi bimbingan. Sementara itu, Mosti akan memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk diberikan kepada tujuh pencipta yang berkenaan.
Katanya, peruntukan itu adalah sebagai galakan kepada mereka untuk terus menghasilkan dan mempertingkatkan mutu dan keberkesanan produk reka cipta mereka.
Dalam pada itu, seramai 300 pelajar dari 12 buah sekolah di Labuan juga telah berjaya menyertai program Kids Invents.
Maximus berkata, program Jejak Inovasi adalah program turun padang untuk meninjau produk-produk inovasi di kawasan pendalaman di seluruh Malaysia yang telah pun di mulakan di Melaka Terangganu, Kelantan, Sarawak dan Labuan merupakan negeri yang ketujuh dan akan diadakan di Sabah pada 19Mei depan.
Pada majlis itu, Maximus turut melancarkan acara perlepasan konvoi Jejak Inovasi yang melibatkan 16 buah kereta pacuan empat roda serta melawat pameran inovasi yang diadakan ruang tempat letak kereta tingkat bawah Ujana Kewangan yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.
semoga sasaran ini akan tercapai.
ReplyDeletejika perancangan dan perlaksanaan dibuat dengan baik, sasaran pasti dapat dicapai..
DeleteProgram Jejak Inovasi dan Hands-on Kids adalah dua daripada 300 inovasi yang disasarkan kerajaan tahun ini, semoga semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteharap program ini akan berjaya memperoleh hasil yang baik.
DeleteProgram Jejak Inovasi bertujuan untuk turun padang dan memantau projek-projek di kawasan pedalaman. Diharapkan ini akan memastikan semua projek ini disiapkan dengan baik.
ReplyDeletemoga ia berjalan lancar.
DeleteHarap semua ini akan berjalan dengan lancar.
Delete"Inovasi membezakan antara seorang pemimpin dan pengikut."- Steve Jobs
ReplyDeleteInovator tempatan yang mendapat pengiktirafan adalah seperti Tan Sri Tony Fernandez dari AirAsia.
ReplyDeleteAgaknya siapalah yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan inovator disegani dunia seperti Steve Jobs dan Bill Gates??
ReplyDeletetiada yang mustahil, mungkin negara kita akan dapat melahirkan tokoh seperti Steve Jobs satu hari nanti.
DeleteMudahan2 lebih ramai la yang dapat menjana pemikiaran inovasi..
ReplyDeletehopefully the ministry can achieve govt objective
ReplyDeleteHarap apa yang di rancang akan menjadi keyataan.
ReplyDeletejika berusaha gigih pasti yang dirancang boleh berjaya.
Deleteharap apa yang diusahakan akan berjaya dan sasaran akan dicapai.
ReplyDeleteSemoga kerajaan akan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeletekerajaan juga perlu salurkan peruntukkan yang lebih banyak bagi menggalakkan mereka untuk terus menghasilkan dan mempertingkatkan mutu dan keberkesanan produk reka cipta mereka.
ReplyDelete