Friday, December 23, 2011

Lekukan Tropika: Perairan Sabah dijangka bergelora

Posted by Smookiekins On 12/23/2011 08:55:00 AM
Perairan Sabah, Sarawak, Labuan dan Pantai Timur Semenanjung dijangka bergelora berikutan Lekukan Tropika yang dikesan kira-kira 549 kilometer Barat Laut petang Isnin. Menurut kenyataan Jabatan Meteorolgi, keadaan itu boleh mengakibatkan ribut petir dan angin kencang. 


Lekukan Tropika dikesan pada 2pm, dijangka bergerak dengan kelajuan 20km sejam. Pada masa sama, angin kencang timur laut kelajuan 60km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak , Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Tebing Utara, Layang-;ayang serta Palawan yang dijangka berterusan sehingga 29 Disember ini.

Kawasan pantai di Pantai Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak. Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis Kedah Utara, Sandakan, Phuket dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Sumber: Daily Express

30 comments:

  1. Hope that those who live near the sea would be prepared to face the storm and flood.

    ReplyDelete
  2. The government should also extend some help to those who might need it, maybe help relocate them to a safer area at the moment.

    ReplyDelete
  3. langkah berjaga-jaga perlu ada dari awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman.

    ReplyDelete
  4. Harap2 new year tidak kita mengalami kesan buruk sangat disebabkan keadaan cuaca yang buruk.

    ReplyDelete
  5. diharap tidak berlaku sebarang bencana ribut atau banjir.

    ReplyDelete
  6. It is raining season of the time of the year. Also there will be exra rainfall as compare to previous years due to climate changes.

    Be ready and be careful

    ReplyDelete
  7. biasanya hujung tahun dan awal tahun memang sering berlaku fenomena seperti ini malah bencana alam seperti ribut Greg Sabah pada tahun 1996 dan Tsunami di Thailand berlaku pada 26 Disember. mungkinkah akan berlaku sesuatu pada 26 Disember ini??

    ReplyDelete
  8. hope everybody is aware with this situation. we don't know what will happen soon.

    ReplyDelete
  9. BErhati-hati selalu. Jangan berada dekat dengan kawasan pantai pada masa ini.

    ReplyDelete
  10. Janganlah ada bencana besar yang berlaku. Rosak cuti nanti. huhu

    ReplyDelete
  11. Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan sungai ready2 lah dengan sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  12. Apapun, selamat bercuti semuanya:)

    ReplyDelete
  13. Semoga tahun baru akan berjalan dengan lancar dan meriah.

    ReplyDelete
  14. Pastikan semua individu mengambil langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  15. langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diambil sebagai persediaan awal.

    ReplyDelete
  16. pemantauan juga perlu sentiasa dibuat dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  17. The people better find a safeplace just in case its more serious than the news announced.

    ReplyDelete
  18. preparation is better than not being prepared for the storm. Just hope its not going to be a serious one..

    ReplyDelete
  19. belum ada teknologi yang dihasilkan manusia mampu menghalang bencana alam.. so, bertindaklah lebih awal sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini..

    ReplyDelete
  20. Preventive action is very much needed.

    ReplyDelete
  21. Semoga penduduk di sana dapat membuat persediaan yang baik jika berlakunya pencama alam yang tidak terjangka.

    ReplyDelete
  22. Kerajaan harus juga membantu supaya golongan ini berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

    ReplyDelete
  23. Bencana memang tidak berbau, harap cuaca akan bertambah baik agar rakyat tidak bersusahan menghadapi bencana alam ini.

    ReplyDelete
  24. Rakyat juga sentiasa berhati-hati terutama semasa cuaca yang kurang baik.

    ReplyDelete
  25. Apa pun sentiasalah berjaga-jaga dengan keadaan cuaca yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  26. Penduduk di persekitaran harus berhati-hati dan sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
  27. Memang susah untuk mengelak dari bencana semulajadi ini, yang boleh buat hanya berhati-hati semasa berlaku tragedi yang tidak terjangka.

    ReplyDelete
  28. Kerajaan harus juga membantu penduduk di kawasan rendah dan pinggir laut.

    ReplyDelete
  29. Cuaca berubah juga disebabkan oleh rakyat yang tidak sedar untuk melindungi bumi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...