Tuesday, November 22, 2011

Guna bantuan diberi kerajaan untuk pendidikan anak sebaik mungkin

Posted by Smookiekins On 11/22/2011 02:01:00 PM
  

  Pembantu Menteri Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Haji Ghulam berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 setiap pelajar peringkat sekolah rendah dari tahun 1 - 5 manakala bagi peringkat sekolah menengah dari tingkatan 1 - 5, yang akan bermula pada tahun 2012, yang akan memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar, yang melibatkan peruntukan RM520 juta.

  Beliau berharap kepada semua ibu bapa yang anak-anak mereka menerima sumbangan KWAMP dan e-kasih, dapat menggunakan wang diperolehi untuk memenuhi keperluan di peringkat lebih tinggi, kerajaan memberi dalam bentuk baucer buku bernilai RM200 kepada setiap pelajar di IPTA, IPTS tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan 6. Bantuan tu member manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar melibatkan peruntukan berjumlah RM260 juta. 



  Beliau juga berharap para ibu bapa dan guru terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam usaha memajukan pendidikan negara, bersama-sama mengemblingkan  tenaga, bermuafakat dan bersatu usaha demi mencapai matlamat yang sama. 


Sumber: New Sabah Times

12 comments:

  1. bantuan yang dberikan kenalah digunakan sebaiknya untuk memajukan pendidikan, pendidikan amat penting dalam menentukan masa depan kita.

    ReplyDelete
  2. bantuan yang diberikan dapat meringankan beban ibu bapa untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. bantuan tersebut perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kepentingan pendidikan anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Harap ibu-bapa akan menggunakan peruntukan itu dengan cara yang terbaik untuk pendidikan anak mereka.

    ReplyDelete
  5. Bantuan ini mungkin dianggap kecil oleh golongan berada tetapi di mata golongan yang susah, bantuan ini amat bermakna. Gunakan ia sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. Kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Syabas!

    ReplyDelete
  7. inilah contoh kerajaan yang mengutamakan serta mendahulukan rakyat. bantuan seperti ini memang tepat pada masanya dimana rakyat terbeban dengan kenaikkan harga barang dan dalam waktu yang sama para pelajar perlu membuat persediaan bagi menghadapi persekolahan ditahun hadapan.

    ReplyDelete
  8. walaupun bantuan ini sedikit, jika dapat digunakan sebaik mungkin, ia cukup untuk meringankan beban Ibubapa..

    ReplyDelete
  9. harap bantuan ini memberi manfaat dalam perkembangan pendidikan pelajar.

    ReplyDelete
  10. pemberian bantuan ini hanya sekali saja tapi diharap pada tahun2 yang akan datang kerajaan akan memperuntukkan lagi bantuan seperti ini kepada para pelajar sekolah untuk mengurangkan beban ibubapa yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  11. Ibu bapa memainkan peranan untuk memastikan peralatan anak-anak lengkap dan mencukupi untuk datang ke sekolah. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai sebagai ibubapa.

    ReplyDelete
  12. Bantuan yang ada perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Jangan sia-siakannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...