Monday, June 3, 2013

Tanaman tempatan tembusi pasaran antarabangsa

Posted by Smookiekins On 6/03/2013 03:45:00 PM
Sebenarnya, itu la kehebatan teknologi. Selain memperbanyakkan hasil dan meningkatkan kualiti, ia juga mampu menghasilkan kepelbagaian yang unik dalam baka sedia ada.

Dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian, penyelidikan perlu memahami dan mendalami kepelbagaian biologi pertanian. Ia merangkumi semua kepelbagaian biologi yang ada di persekitaran kita.

Beberapa perkara perlu diperhalusi penyelidikan iaitu antaranya genetik yang mana kepelbagaian dalam tumbuhan dan haiwan dalam beradaptasi kepada perubahan cuaca terutamanya tekanan persekitaran.

Pada peringkat spesies, kepelbagaian populasi organisma dalam persekitaran pertanian seperti kitaran nutrisi khususnya dalam tanah, ramgkaian makanan, penyakit dan perosak pertanian dan pendebungaan.

Pada peringkat ekosistem pula, kemandirian persekitaran bergantung kepada kepelbagaian biologi. Jika ia musnah maka persekitaran akan mengalami masalah seperti perubahan iklim melampau, kekurangan pendebungaan untuk menghasilkan tanaman berhasil tinggi dan kerosakan alam sekitar (tanah tidak subur).

Melalui teknologi ini, dengan menghasilkan benih berkualiti tinggi hasil gabungan agen terpilih, hasrat untuk mendapatkan hasil yang tinggi sehingga 10 tan sehektar bagi tanaman padi akan dapat dicapai.

Pentingnya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertaniaan M'sia (MARDI) menyimpan semua jenis gen padi untuk memudahkan kajian mengenai kepelbagai biologi dilakukan. Ia sama juga dengan tanaman lain seperti mangga. Semuanya ada ciri tersendiri.

Selain padi, pelbagai jenis tumbuhan lain termasuk tumbuhan liar disimpan dalam bank genetik MARDI. Ia bertujuan untuk memeliharanya daripada pupus bagi generasi akan datang. Contohnya buah hutan yang kurang popular seperti tampoi turut disimpan.

Buah rambutan dan pulasan dulu adalah buah hutan tetapi kini buah pulasan sudah boleh dieksport. Banyak hasil kacukan MARDI berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk nanas, ciku, belimbing dan betik.



~ Smookiekins

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...