Thursday, June 6, 2013

Mahkamah Bergerak selesaikan kes di pedalaman

Posted by Smookiekins On 6/06/2013 02:37:00 PM
Kerajaan Sabah sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk rakyat di Sabah. Kewujudan Mahkamah Bergerak dapat  menyelesaikan kes-kes di bahagian-bahagian pedalaman Sabah.

Sebanyak 46 kes daftar lewat yang dikendalikan Mahkamah Bergerak menerusi program Bilik Bicara Bergerak oleh Mahkamah Majistret Beaufort dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Kes-kes itu membabitkan empat program Bilik Bicara Bergerak dalam tempoh berkenaan, masing-masing dua di Sipitang yang merangkumi daerah Beaufort dan Kuala Penyu serta di Papar.

Sebanyak 51 kes jenayah turut dikendalikan bagi tempoh berkenaan. 

Daripada 46 kes daftar lewat didengar, sebanyak 43 kes dapat diselesaikan.

Dijangka beberapa program lagi bagi memastikan lebih banyak kes daftar lewat dikenalikan dan diselesaikan, selain memastikan rakyat di pedalaman dan luar bandar mendapat kad pengenalan diri.

Selain kes daftar lewat, program ini turut menyediakan perkidmatan pesuruhjaya sumpah.

Mahkamah Bergerak diwujudkan bagi menyelesaikan masalah kes tertunggak dan pengesahan dokumen di luar bandar dan pedalaman.

Program ini turut melaksanakan ceramah undang-undang di beberapa sekolah di Sipitang bagi memberi pendedahan lebih dekat mengenai undang-undang kepada pelajar.

Program tersebut diilhamkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan akan dianjurkan ketika Bilik Bicara Bergerak bersidang di setiap daerah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan undang-undang kepada pelajar menengah khususnya tingkatan Tiga hingga Lima kerana golongan ini mudah terdedah dengan jenayah akibat hasutan atau gagal menghadapi tekanan.

Ceramah lebih memberi penekanan terhadap bentuk kesalahan yang biasa dilakukan remaja seperti rogol statutori, dadah, ugutan dan hukuman yang bakal diterima.


Ditulis: Smookiekins

2 comments:

  1. Mahkamah Bergerak menjadi saluran rakyat terutama masyarakat kurang berada bagi menyelesaikan masalah mendapatkan khidmat undang-undang seperti perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dan khidmat pendaftaran kes je-nayah dan sivil terutama dihadapi oleh rakyat di luar bandar.

    ReplyDelete
  2. Kesulitan yang di hadapi oleh penduduk luar bandar kini boleh diselesaikan dgn segera tanpa perlu di tangguh. Langkah kerajaan mewujudkan mahkamah bergerak ini sememangnya tindakan yg tepat dan memahami masalah yang di hadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...