Usaha mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini bukan
satu masalah besar, sekiranya masyarakat berbilang kaum tidak
memperbesarkan titik perbezaan, sebaliknya mencari persamaan sebagai
'orang Malaysia'.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya
Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata
walaupun berpegang kepada prinsip orang Malaysia, ia tidak mengikis dan
menafikan identiti masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini.
Katanya,
tidak menjadi masalah bagi setiap individu negara ini untuk mengekalkan
identiti kaum masing-masing, namun di peringkat nasional ataupun
antarabangsa mereka perlu tampil sebagai orang Malaysia tanpa perlu ada
jalur ektnik ataupun kaum.
Kita perlu didik di semua peringkat dalam
kehidupan supaya kita berinteraksi sebagai orang Malaysia” Zainal
Kling, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN
“Sekarang
ini kita sentiasa membesarkan perbezaan, sepatutnya kita harus
menyamakan diri kita pada satu persamaan paling utuh paling tegas
sebagai orang Malaysia. Jangan lagi ditegaskan kita sebagai orang yang
berbeza.
“Perbezaan kaum ada di mana-mana negara di dunia ini,
perkara ini kita perlu didik di peringkat sekolah, di pejabat dan dalam
kehidupan supaya kita berinteraksi sebagai orang Malaysia,” katanya.
Zainal
sebelum itu menyampaikan ucaptama Wacana Penyatuan Nasional,
Perbincangan Meja Bulat: Konsep dan Cabaran anjuran MPN dengan kerjasama
BH.
Gunakan bahasa kebangsaan
Sementara itu, mengulas
mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, Zainal
berkata, sememangnya bahasa kebangsaan itu menjadi jambatan kepada usaha
untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Katanya,
Bahasa Melayu yang sudah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan bukan
saja perlu dihormati, malah harus digunakan oleh rakyat berbilang kaum
di negara ini dan pada masa sama tidak pula mengenepikan bahasa ibunda
kaum lain.
“Kita perlukan satu bahasa untuk boleh berhubung
antara satu sama lain dengan satu bahasa, ia penting bagi menghubungkan
antara satu sama lain, pada masa sama bahasa lain wajib digalakkan,”
katanya.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment