Thursday, May 9, 2013

UMS bakal miliki hospital universiti

Posted by Smookiekins On 5/09/2013 03:21:00 PM



KOTA KINABALU: Sebuah hospital universiti bakal diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak lama lagi, kata Naib CanselorUMS, Prof Datuk Mohd Harun Abdullah.

Beliau berkata projek yang akan dibina dalam kampus itu akan mempunyai 400 katil dan telah diluluskan oleh Kabinet.

Hospital itu akan turut memberi kemudahan kepada sesi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada perkembangan program perubatan di UMS, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesedaran Pengurusan Bencana dan Kecemasan di kampus utama UMS di sini kelmarin.

“Pada masa kini pelajar terpaksa menjalani latihan di Sandakan dan di sekitar Kota Kinabalu dan ini menjadi masalah.

“Dengan adanya hospital ini, ia akan dapat membantu pelajar memberi tumpuan kepada latihan mereka. Ia juga akan memberi kemudahan perubatan khusus di negeri ini,” katanya.

Mohd Harun berkata Sekolah Perubatan UMS kini mempunyai kira-kira 500 orang pelajar.



Sumber : New Sabah Times 

2 comments:

  1. makin maju UMS sekarang

    ReplyDelete
  2. Good improvement..mudah-mudahan selesai tepat pada masanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...