Wednesday, May 8, 2013



Para pemimpin luar negara telah mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sekali lagi telah memenangi Pilihan Raya Umum yang ke 13. 

Isnin lalu, perdana menteri telah menerima mesej dari Perdana Menteri Britain, David Cameron, Perdana Menteri Thailand,  Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.


Berikutan dengan ucapan tahniah Cameron kepada Najib menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi British, Cameron telah menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah kepada beliau secara peribadi kerana memenangi pilihan raya umum.

"Perdana Menteri Britain sendiri menyampaikan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri) Najib Tun Razak di dalam perbualan telefon semalam.

"PM Cameron menekankan kepentingan reformasi politik dan ekonomi, membina usaha, setakat ini.


"PM Cameron menambah bahawa beliau berharap hubungan dua hala antara Malaysia dengan UK semakin kukuh," kata kenyataan itu. 

Manakala, pada hari selasa Perdana Menteri Australia, Julia Gillard telah menelefon Najib untuk menyampaikan ucapannya kepada beliau. 

Najib dan Gillard berbual selama sepuluh minit selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan ahli-ahli parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Najib juga akan dijangka menerima beberapa panggilan telefon kemudian. 

Barisan telah kembali berkuasa apabila menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Najib mengambil sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada isnin yang lalu. 



Oleh, Bah ~ Sabah ~ Bah 




Reactions:

3 comments:

  1. pihak luar pun iktiraf Najib

    ReplyDelete
  2. Kemenangan BN mendapat pengiktirafan negara2 luar.pembangkang perlu usaha lagi PRU-14 untuk mendapatkan sokongan penuh,bukannya melaksanakan perhimpunan2 haram yang cetuskan kekecohan.

    ReplyDelete
  3. Masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dan menunaikan janji yang telah diberikan semasa kempen2 pilihanraya lepas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...