Wednesday, May 22, 2013

Kewibawaan pemimpin memberi kesan positif kepada kerajaan BN

Posted by Smookiekins On 5/22/2013 10:17:00 AM
Rakyat kini perlu mengurangkan berpolitik, sebaliknya menumpukan usaha bersama wakil rakyat ke arah meningkatkan pembangunan dan kemajuan di kawasan masing-masing. 

PRU13 sudah dua minggu berlalu, kini masanya kita mengukuhkan perpaduan, bersatu hati dan membulatkan tekad azam untuk melupakan sebarang perselisihan faham. Sebaliknya, bersama-sama berganding bahu untuk memastikan apa yang dijanjikan akan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Pelbagai pihak memberi reaksi dan pendapat mereka terhadap barisan Kabinet baru peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah. Walaupun reaksi rakyat mungkin berbeza, bergantung kepada pengalaman politik masing-masing, tapi yang pasti ialah mereka akan memerhatikan barisan Kabinet baru ini sama ada mampu melaksanakan pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak atau hanya memanaskan kerusi Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan barisan Kabinet baru dapat melaksanakan program-program transformasi, beliau mengemukan empat perkara untuk diamalkan oleh anggota Kabinet. 

Pertama, beliau mahu mereka menjadi menteri kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik termasuk pembangkang. Kedua, setiap anggota Kabinet perlu mengwujudkan sistem lebih telus dan bertanggungjawab. Ketiga, mereka harus memberikan maklum balas serta-merta terhadap sebarang isu yang timbul membabitkan kementerian masing-masing. Keempat, mewujudkan jalinan hubungan emosi antara kerajaan dan rakyat. 

Pesanan Perdana Menteri ini perlu kerana barisan Kabinet baru dikatakan seimbang dengan gadingan muka baru dan lama ini mempunyai tanggungjawab besar, bukan saja untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat tetapi memastikan BN terus dapat memerintah negara selepas PRU14.

Ketegasan beliau dapat dilihat daripada ucapannya dan pesanan-pesananya kepada barisan Kabinet baru. Apa yang rakyat mahu lihat ialah menteri yang mampu menterjemahkan ketegasan mereka kepada tindakan. Rakyat juga berharap barisan Kabinet baru ini bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai objektif kementerian kepada rakyat.


Ditulis oleh Smookiekins

1 comment:

  1. pemimpin berwibawa memacu kepada pembangunan parti dan negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...