Wednesday, May 22, 2013

Adam Adli pengajaran kepada gerakan pelajar

Posted by Smookiekins On 5/22/2013 10:39:00 AM
Penahanan Adam Adli Abd Halim pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengikut Seksyan 4 (1) Akta Hasutan 1948, wajar menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutamnya mahasiswa.

Tindakan menghasut dan membuat kenyataan bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat sepatutnya dielakkan bagi memastikan kemanan negara berkekalan. Adam Adli sebagai aktivis pelajar sepatutnya sedar kesan daripada tindakannya itu boleh merosakan perpaduan kaum, sekaligus dapat menjejaskan masa depan diri sendiri sebagai mahasiswa.

Tindakan polis tu wajar dan yakin polis mempunyai asas kukuh ketika menahan Adam Adli. Siasatan lanjutan masih diteruskan. Dikesali apa pelajar diperalatkan oleh pembangkang semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka. 

Sejak PRU13 5 Mei lalu, pembangkang terus-menerus mempertikaikan keputusan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan BN. Tohmahan tidak berasas terhadap proses demokrasi mudah mempengaruh sentimen awam sehinggakan menjadi unsur hasutan untuk menolak keputusan PRU13 dan mengesa supaya orang ramai mengadakan perhimpunan jalanan secara besar-besaran untuk menunjuk rasa tidak puas hati terhadap kerajan pilihan rakyat.

Dalam masyarakat berbilang kaum adn agama, unsut hasutan boleh menimbulkan perasaan perkauman yang akhirnya boleh mencetuskan tindakan keterlaluan. 

Adam Adli sepatutnya sedar kesan daripada tindakannya itu dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang. Para pelajar sepatutnya menggunakan pengalaman di bilik kuliah sebagai bekalan masa depan dengan menjadi pemimpin berwibawa, bukan menjadi alat kepada pihak pembangkang.  


Ditulis oleh Smookiekins
Reactions:

1 comment:

  1. jgn ikut jejak langkah Adam Adli.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...