Saturday, April 20, 2013


Kota Kinabalu : Ramai kawan-kawan, rakan sekerja serta pesakit hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang doktor bedah ortopedik yang berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth khamis lalu.

Ramai yang sedih dan menangis kerana mengenangkan apa yang menggalak Dr Baskaran Subramaniam untuk mengambil paraquat (a strong poison used to kill) dan mengakhiri hidupnya tatkala ramai yang memerlukannya.

Ramai yang merungut dan bertanya siapa agaknya wanita yang menghantar beliau pulang rumah pada pukul 1 petang pada hari selasa dan mengapa di rumah dan bukannya di hospital. Yang mana juga dibimbangi oleh ahli keluarganya sejam selepas itu. Beliau dipercayai mengambil cuti pada hari itu dan dipercayai mengambil racun rumpai pada pagi esoknya.

Mereka berpendapat wanita itu tidak tidak mahu tergesa-gesa untuk beliau ke hospital kerana takut identitinya diketahui kerana pada masa tu beliau mungkin suda mengalami kesan-kesannya.

Mereka juga mengatakan bahawa seharusnya ia mudah untuk mengetahui apa yang wanita itu tahu berkenaan doktor itu ataupun siapa orang yang telah berkomunikasi dengan doktor itu dalam masa 48 jam.

"Beliau seorang doktor yang komited dan berpengalaman, juga sangat disukai oleh pesakit dan rakan- rakan sekerja" ujar Dr Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri.

"Kementerian Kesihatan Sabah ingin merakamkan penghargaan atas perkhidmatan beliau yang cemerlang terhadap negeri."

Dr Baskaran yang berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) meninggal dunia pada pukul 7.30 malam Rabu, 36 jam selepas beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Jenazah beliau telah dibakar di pengebumian Fook Lu Siew. Beliau berumur 45 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan tiga anak perempuan muda.

Ketua Unit Perubatan Sukan, Dr Mariam George Matew berkata dia kenal beliau sejak 2003, bekerja dalam satu kumpulan yang sama di bawah Jabatan Ortopedik di Hospital Queen Elizabeth.

" Kami bekerja sebagai satu kumpulan yang mantap. Beliau seorang yang sangat rajin, rajin dan sentiasa mahu yang terbaik untuk pesakit-peskit beliau. Satu perkataan yang saya ingat dengan begitu jelas ketika sesi klinik adalah

"How lah mariam! Patients are suffering in pain and their application for financial aid for total hip and knee implants are taking ages! How to help them!

Beliau kemudiannya akan berjalan ke atas bawah klinik kelihatan seperti tidak ada yang dapat membantu sambil menggaru kepalanya. - Saya tidak tahu bagaimana untuk membantu mereka! Saya tidak tahu bagaimana untuk membantu mereka!

Beliau hidup untuk menyinari kehidupan orang lain.

"Bagaimanapun, saya percaya beliau seorang yang sangat "determined" dan tahu apa yang beliau kehendaki," katanya dan menambah bahawa team ortopedik QEH sentiasa mengingati beliau sebagai doktor bedah "super hero" mereka.

Peunding Radiologi Dr K. Ravi Mandalam menggambarkan Dr Baskaran yang berasal dari Perak sebagai seorang yang berkemahiran dalam pembedahan ortopedik, khususnya pembedahan pinggul, lutut serta penggantian sendi.

"Beliau seorang doktor yang penyayang. Beliau telah banyak membantu ramai pesakit, terutama pesakit yang miskin di seluruh Sabah sepanjang tempoh yang lama beliau berkhidmat di QEH," katanya, dan menambah bahawa beliau adalah seorang yang tenang dan sangat sederhana.

Alex Hueng (80 tahun) berkata dia pernah mengalami masalah lutut tujuh tahun yang lalu dan Dr Baskaran hanya mengambil masa 6 jam untuk membaikinya.

"Beliau selalu datang dan menjaga saya dalam masa 11 hari saya saya tempang, tetapi dalam keadaan yang masih boleh berjalan. Saya sepatutnya ada temujanji dengan beliau pada 25 April tetapi sekarang beliau tidak ada lagi.

Ia adalah kehilangan yang sangat besar, dan saya mencadangkan kepada ramai kawan saya untuk melihat beliau kerana apa yang beliau lakukan, beliau lakukannya dengan baik," katanya.

Pakar bedah otak Dr Pulivendhan Sellamuthu kenal Dr Baskaran sejak 2004 dan menyifatkan beliau sebagai kawan baik, suka menolong, penyayang dan ahli pasukan yang hebat dengan keinginannya untuk menjaga pesakit sangat tinggi, tidak pentingkan diri sendiri dan sentiasa mahu yang terbaik untuk pesakit-pesakit beliau.

Rakan kerja yang lain mengatakan Dr Baskaran adalah seorang kawan yang baik dan seorang rakan kerja yang cemerlang dan belas kasihan beliau telah menyentuh banyak nyawa. Beliau menjadi inspirasi kepada ramai doktor muda untuk menjadi doktor bedah. Kehilangan keluarga beliau juga kehilangan untuk Sabah," katanya.

Bekas Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Yusof Ibrahim yang juga menghadiri pengebumian beliau menyifatkan beliau sebagai pakar bedah ortopedik terbaik.

"Beliau adalah seorang kawan yang hebat dan yang menjaga saya, seorang yang senang untuk berkerjasama dan tidak "complaints". Kematian beliau sangat mengejutkan," katanya.


Bah Sabah Bah mengucapkan takziah kepada keluarga beliau secara khususnya, dan semoga beliau menjadi inspirasi yang hebat kepada doktor- doktor muda kita. Takziah dan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada Sabah.

Salam, Bah Sabah Bah

Rujukan : Daily Express
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...