Tuesday, April 30, 2013

Tidak perlu menukar kerajaan hanya semata-mata mahukan perubahan

Posted by Smookiekins On 4/30/2013 01:59:00 PM
Menurut calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun, rakyat Sabah khususnya di daerah ini tidak perlu menukar kerajaan hanya semata-mata mahukan perubahan kerana kerajaan sedia ada telah melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Ketika berucap pada program bertemu rakyat di Balai Raya Kampung Pasir Putih Ranau, beliau menegaskan bahawa ;


Barisan Nasional tidak perlu ditukar untuk membolehkan bangsa Dusun maju. Apa yang perlu ditukar dan diubah ialah sikap pihak-pihak tertentu yang kurang bertanggungjawab kerana selalu melihat keburukan daripada kebaikan. 

Buat apa tukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada sudah terbukti sebuah kerajaan yang prihatin terhadap semua lapisan masyarakat. 

Saya percaya melalui manifesto atau Aku Janji BN yang telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan manifesto tambahan yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, akan lebih banyak pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh BN untuk rakyat di negeri ini.

Aku Janji BN ialah menangani kos sara hidup dengan menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehinggahRM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan, meningkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

BN juga komited untuk menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

Penduduk di daerah ini juga akan menikmati jalan raya yang lebih selesa iaitu jalan baru menghubungkan Kota Kinabalu – Ranau bernilai lebih RM400 juta yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Ia bakal meningkatkan ekonomi para penduduk di kawasan yang dilalui oleh jalan tersebut

BN telah terbukti membawa pembangunan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan dan sosial.

Kita tidak sekadar cakap kosong tetapi kita buat kerja dan kita ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

Sebagai penduduk daerah Ranau, kita harus berbangga kerana Ranau kini semakin maju. Terdapat banyak aspek yang telah memperlihatkan kejayaan kita sama dalam pendidikan mahupun sukan di peringkat sekolah dan Ranau juga merupakan daerah pengeluar graduan universiti yang paling ramai setiap tahun.

Dari aspek perjawatan pula, ramai anak jati daerah itu kini memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta.

Oleh itu mari lah kita sama-sama bersatu padu dan bekerja keras untuk mencapai wawasan kita di bawah naungan Barisan Nasional.







Kerajaan kita sebenarnya sudah banyak lakukan dan sentiasa lakukan yang terbaik. Mereka sentiasa memerah otak untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Namun, kadang-kadang orang-orang di bawah ini yang mencemarkan reputasi nama besar kerajaan. Selepas 5 May nanti, Sabah akan melangkah ke sesi yang baru. Di harapkan semua kakitangan awam memberikan yang terbaik dalam tugasan mereka. Mereka seharusnya bersyukur kerana bekerja dalam sektor awam. Tidak semua orang beruntung macam mereka. Oleh itu, lakukan kerja dengan cara yang sangat baik. Semuanya untuk imej anda!

Selamat mengundi! Tunaikan tanggungjawab anda!

Bah ~ Sabah ~ Bah

1 comment:

  1. jika tukar kerajaan, pastikan perubahan akan berlaku? adakah perubahan lebin baik atau teruk?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...