Tuesday, April 30, 2013

Pilihanraya sudah dekat. Apa kata Haji Hajiji Haji Noor?

Posted by Smookiekins On 4/30/2013 02:15:00 PM
Ketika berkempen di Majlis Ceramah Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Jentera Pilihanraya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gayang pada 29 April 2013, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding bagi DUN Sulaman, Haji Hajiji Haji Noor berkata; 



Kesejahteran dan keamanan yang dinikmati rakyat kini adalah hasil daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN).

Oleh itu kita harus mensyukurinya dan memastikan kerajaan BN terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.. dengan cara menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN).

Rakyat tidak rugi memilih Barisan Nasional (BN) yang amat perihatin dengan kehendak dan keperluan rakyat,oleh itu keluarlah mengundi beramai-ramai pada 5 Mei ini.

Rakyat seharusnya menolak pembangkang terutamanya mantan Ahli Parlimen Datuk Wilfred Bumburing yang telah berpaling tadah dan meninggalkan rakyat dan pengundinya di kawasan Tuaran yang telah memberikan kemenangan kepada beliau pada pilihan raya yang lalu.

Kini Bumburing bertanding lagi sebagai calon Ahli Parlimen Tuaran menentang calon BN Datuk Wilfred Madius Tangau.

Rakyat mengundi bukanlah untuk saya (Hajiji) atau Datuk Wilfred Madius Tangau tetapi undi untuk parti BN yang banyak memberikan kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Kampung Gayang juga merupakan antara kubu kuat parti BN dan percaya BN mampu meraih kemenangan yang agak besar.





Teruskan perjuangan Datuk ! 

Kepada semua orang-orang kita, bangun dan runtuhnya negeri kita terletak di tangan kita sendiri. Putuskan yang terbaik untuk masa depan kita semua.


Sabah boleh!

Bah~Sabah~ Bah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...