Tuesday, April 9, 2013

9 April, 2013

PITAS: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri telah merayu kepada rakyat Sabah untuk memberi mandat yang kuat kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Abdul Rahim, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kudat, berkata rakyat tidak perlu membuat apa-apa ujikaji kerana mengundi dalam pilihan raya umum adalah satu perkara yang serius dan mempunyai implikasi yang besar terhadap masa depan negara.

"Politik dalam sistem demokrasi menentukan kuasa pentadbiran dan juga dasar-dasar dan hala tuju negara tertentu," katanya pada perhimpunan awam di Kampung Senaja, dekat sini, malam semalam.


Abdul Rahim berkata banyak perkembangan negatif dan kesilapan yang berlaku di negara-negara asing harus digunakan sebagai pengajaran supaya ianya tidak akan berlaku di negara ini.

By : Bah Sabah Bah 
Reference : Borneo Post 

15 comments:

  1. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    TARIKH 3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakar sejarah negara apabila menjawat teraju kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri keenam selepas peralihan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara pertama yang dilaksanakan oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi ialah mengajak seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melaksanakan transformasi dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Selepas empat tahun berlalu, penilaian ke atas pelaksanaan transformasi telah dilakukan apabila Datuk Seri Mohd Najib sendiri membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana ia menjadi bukti bahawa kewibawaan sebagai negarawan telah dicorakkan dengan kemajuan dan pembangunan negara bangsa.

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan setiap menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas masing-masing dengan matlamat agar kabinet yang ada benar-benar menggalas tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Sebagai Presiden UMNO pula, Najib dalam ucapan sulungnya dalam persidangan terbesar orang Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati.

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian.

    ReplyDelete
  6. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Najib membuktikan gerak kerja yang mantap dengan menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik dalam pendekatan bersama rakyat dan menyelami permasalahan masyarakat. Pemimpin turun padang menjadi agenda utama dan keperibadiannya yang berjiwa rakyat berjaya ‘menutup mulut’ pihak lawan yang sebelum ini melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan keluarganya.

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Sebagai seorang Perdana Menteri yang memahami aspirasi masyarakat, Najib sentiasa memikirkan hasrat untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Antaranya ialah pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

    ReplyDelete
  8. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Beliau juga sering menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa menepati janji dan meletakkan masalah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

    ReplyDelete
  9. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    “Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. “Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji,” katanya ketika berucap dalam pembentangan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), baru-baru ini.

    ReplyDelete
  10. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Bukan itu saja, dalam tempoh empat tahun kepimpinan Najib sebagai nakhoda Malaysia, nama negara terus mekar malar di persada antarabangsa. Antaranya, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

    ReplyDelete
  11. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Sementara Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, telah meletakkan Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing di dunia dan Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik selain International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

    ReplyDelete
  12. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    “Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi. “Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan,” tegas Najib.

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Tentunya, impian Perdana Menteri ini mempunyai kesinambungan yang akan diteruskan oleh generasi seterusnya dengan pendekatan mantap dan matang. Kesungguhan kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara perlu dikekalkan dengan menghadapi apa jua rintangan dalam BN khususnya untuk berdepan dengan perang besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  14. Berdasarkan rekod cemerlang Najib, rakyat Sabah wajar memberikan mandat kepada beliau untuk Pilihanraya 2013 ini

    Apa jua yang berlaku atau apapun persepsi serta manipulasi yang dilontarkan oleh pihak lawan, sewajarnya pertimbangan membuat penilaian menjadi keutamaan dengan kejayaan dan kegemilangan yang dilakar oleh Najib sebagai sandaran. Sesungguhnya hanya BN yang merealitikan janji ditepati untuk impian Wawasan 2020 sebagai kenyataan.

    ReplyDelete
  15. rakyat pasti akan terus sokong Najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...