Thursday, April 11, 2013

Manifesto BN Untuk Semua, Termasuk Penyokong Pembangkang

Posted by Smookiekins On 4/11/2013 11:17:00 AM
9 April – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 ini, akan memberi manfaat kepada semua termasuk penyokong parti pembangkang.
“Kita (BN) bukan berjanji kosong, bila berjanji dan nak beri, kita beri, dan tidak mengira penyokong kerajaan ataupun pembangkang akan tetap menerimanya.


“Bukan rugi pun bagi undi kepada BN, manifesto BN bukan kertas kosong dan biasa, kita akan tepati janji untuk tempoh lima tahun mendatang,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Skim Insentif Tanam Semula (SITS) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada 199 peneroka di Felda Bukit Kepayang, Bera, hari ini.


Beliau berkata kerajaan BN tidak pernah leka dan lalai dalam membela dan memberikan bantuan kepada rakyat dan tidak pernah menyisihkan mereka yang menentang kerajaan dalam memberikan bantuan.


Menurutnya, apa yang dijanjikan, kerajaan akan tunaikan kerana itu adalah satu akujanji.


Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata negeri yang ditadbir parti pembangkang jelas menunjukkan yang mereka telah gagal menunaikan janji dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum lepas.


“Kali ini mereka (pembangkang) berjanji lagi, antaranya berjanji menurunkan harga minyak petrol dan diesel pula. Kalau harga minyak diturunkan 20 sen, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM4 bilion.


“Sedangkan jumlah tersebut boleh digunakan bagi mengadakan program pembangunan untuk rakyat seperti menambah pelbagai kemudahan asas seperti pembinaan dewan, balai raya, surau, masjid dan lain-lain yang boleh member manfaat kepada rakyat,”katanya.


Sumber : UMNO Online 

1 comment:

  1. manifesto Bn adalah untuk seluruh rakyat malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...