Thursday, April 11, 2013

Kinabalu Pink Ribbon Mother’s Day Walk Abreast, 12 Mei

Posted by Smookiekins On 4/11/2013 10:30:00 AM
KOTA KINABALU: Kinabalu Pink Ribbon Mother’s Day Walk Abreast (KPR MDWA) telah kembali untuk tahun ketiga dan dijadualkan akan berlangsung pada 12 Mei ini.

Mensasarkan 3000 peserta, KPR bertujuan untuk mendekati penduduk Sabah untuk mewujudkan kesedaran kesihatan payudara dan 'Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa'.


Orang ramai dialuk-alukan untuk menyertai Mother's Day Walk Abreast ini dan setiap langkah ketika MDWA adalah berkat untuk mangsa kanser payudara, pejuang kanser dan ahli-ahli keluarga mereka.


Menurut Presiden Lucilla Pang " Ia juga merupakan galakan kepada penduduk Sabah untuk mendekati serta berkongsi kepentingan Kesedaran Kesihatan Payudara,"


Menurut Lucilla, satu dalam setiap 20 wanita di Sabah mempunyai risiko mendapat serangan kanser payudara.


"Ramai berfikir bahawa keluarga adalah faktor risiko kanser payudara terbesar, tetapi ia adalah mengejutkan apabila mengetahui bahawa majoriti wanita mengalami kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga," katanya.


Justeru itu, pejuang-pejuang kanser akan mengadakan hiburan serta sesi berzumba untuk semua keluarga serta rakan-rakan.


Selain itu, gerai menjual makanan, pakaian serta bunga-bungaan.


Kepada siapa-siapa yang berminat untuk menyokong aktiviti ini, maka bolehlah menghubungi KPR (Kinabalu Pink Ribbon) untuk menjadi sukarelawan, meyumbang hadiah untuk cabutan tiket bertuah, derma dan sebagainya.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Mother's Day Walk Abreast (MDWA) bolehlah mendaftar dengan menghantar e-mail ke kinabalupinkribbon@gmail.com atau menghubungi melalui telefon di 088-217237, 012-825 7774, 016-803 855.


KPR akan membuka gerai di lobi Wisma Wanita untuk pendaftaran pada setiap sabtu dari 8.30 am hingga 11.30am. Yuran pendaftaran adalah RM30, termasuk sehelai t-shirt MDWA (sesuai dengan saiz anda).





Regards : Bah Sabah Bah 
"Sama-sama kita memerangi kanser payudara". 

Breast cancer deaths in America have been declining for more than a decade. Much of that success is due to early detection and better treatments for women. -
Larry Craig

Reactions:

3 comments:

  1. ini bagi memberi kesedaran tentang langkah pencegahan kanser payudara

    ReplyDelete
  2. Mari menyokong aktiviti sebegini untuk membantu membuka minda masyarakat terhadap penyakit kanser payudara

    ReplyDelete
  3. Saya turut ke event ini semalam. Ternyata ia anmat meriah. Well done pihak pengelola majlis dan tahniah buat semua yg hadir. Semoga ada lagi tahun depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...