Monday, April 8, 2013

MANIFESTO Barisan Nasional PRU - 13

Posted by Smookiekins On 4/08/2013 10:13:00 AM
Sabtu yang lalu(6 April, 2013) Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan telah memberikan beberapa komitmen untuk lima tahun akan datang sekiranya berjaya untuk berkuasa kembali





Antaranya adalah ; 


Menambah nilai BR1M kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah, baucer buku dan bayaran bantuan persekolahan

Satu dasar automotif yang secara beransur-ansur akan menurunkan harga kereta sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus dan menjadikan kereta nasional lebih kompetitif.   

Menurunkan kadar caj jalur lebar sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus dengan jaminan lebarjalur (bandwith).  

Melaksanakan pelbagai langkah berorientasikan pengguna untuk membantu meringankan kos sara hidup.  

Memberi lebih banyak fokus untuk menangani perubahan berkaitan bandar yang ketara termasuk menubuhkan sebuah kementerian baharu dan menyediakan perumahan awam berkualiti.

Membina satu juta rumah mampu milik dan membantu golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah membaik pulih rumah.  

Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk setiap rakyat Malaysia, harga diskaun bagi rawatan perubatan tertentu bagi rakyat yang memerlukannya dan penjagaan paliatif di rumah bagi golongan berusia lanjut dan sakit teruk.

Membina terminal bas, rel dan teksi di semua bandar dan bandar raya serta memastikan wujudnya perkhidmatan bas yang lebih cekap.  

Meluaskan rangkaian lebuh raya, membina Lebuhraya Pan Borneo.  
Mewajibkan penyedia perkhidmatan memastikan mereka memberi perkhidmatan telefon mudah alih dan akses tanpa wayar yang boleh diharapkan.
Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi merangsang transformasi luar bandar dan membawa masyarakat luar bandar ke dalam pembangunan arus perdana.

Mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu, dua juta daripadanya dalam sector berpendapatan tinggi.  

Berusaha ke arah mencapai pendapatan perkapita RM45,000 menjelang 2020.
Melaksanakan program transformasi bagi perusahaan kecil dan sederhana.  
Melaksanakan perubahan terhadap struktur percukaian agar ia mempunyai asas lebih luas dan secara beransur-ansur memberi potongan kepada cukai pendapatan peribadi dan korporat.

Meningkatkan keberkesanan agenda Bumiputera dengan menyediakan system sokongan lebih kukuh serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Menggubal dasar yang lebih adil dan saksama bagi semua kaum.  
Menambah baik sistem pendidikan agar menjadi antara yang terbaik di dunia.
Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar, memantapkan lagi prestasi dalam pengajian Matematik dan Sains serta menjadikan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib lulus di peringakat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  

Mewujudkan kehadiran polis yang lebih ketara agar rakyat berasa lebih selamat dan terjaga.
Meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan.
Mengadakan program untuk memupuk kepimpinan berkualiti dan kreatif dalam kalangan belia.  

Mewartakan semua tanah adat pribumi dan mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan untuk masyarakat pribumi.

Melantik seorang menteri untuk mentadbir hal-ehwal orang bukan Islam.
Mendedahkan kepada umum perkara berkaitan kontrak bagi meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan kerajaan.  

Mewajibkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri menandatangani pek integriti.  

Memastikan keanggotaan secara adil oleh semua kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.  

Menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui, antara lain, pembangunan bakat.   

Mewujudkan pusat transformasi bandar di semua bandar dan pekan utama.  
Berusaha mendapatkan kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan Malaysia memainkan peranan penting bagi keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan kerajaan.  

Memperuntukkan ruang bagi kawasan hijau di bandar raya utama, member nafas baharu kepada sungai dan anak sungai, menambahkan lagi sumber tenaga hijau boleh diperbaharui dan memodenkan pengurusan pelupusan sampah.



Salam, 
Bah Sabah Bah 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...