Saturday, March 30, 2013

Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran

Posted by Smookiekins On 3/30/2013 09:53:00 AM
LAHAD DATU - Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah dilalui petugas media yang berpeluang melihat sendiri kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.

Ada kesan tembakan daripada senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan tembakan senjata berat seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan.

Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.

Sebaik tiba di Kampung Tanjung Batu, hati mula terasa sedih dan terkejut melihat kesan pertempuran yang amat dahsyat seperti kita melihat cerita-cerita perang di televisyen.

Sebak juga rasanya apabila melihat ada dalam kalangan ketua keluarga menggelengkan kepala dan ada menitiskan air mata apabila melihat sendiri kediaman mereka didiami sejak kecil musnah begitu sahaja.

Harapan mereka hanyalah mahu kembali aman seperti sedia kala.



Kesan-kesan tembakan pada rumah penduduk jelas kelihatan.


Anggota tentera merakam gambar sebuah rumah penduduk Kampung Tanjung Batu yang hanya tinggal rangka.

 Salah sebuah rumah penduduk Kampung Tanjung Batu musnah terbakar akibat pertempuran hampir sebulan antara kumpulan militan Kiram dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

 Kesan-kesan tembakan pada rumah penduduk jelas kelihatan



Sumber : Sinar Harian
Reactions:

1 comment:

  1. harap krugian yang dialami penduduk dpt ditanggung semula

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...