Saturday, March 9, 2013

Saiful Bukhari menyangkal kenyataan bapanya

Posted by Smookiekins On 3/09/2013 10:51:00 AM

Mohd Saiful Bukhari Azlan menyangkal kenyataan bapanya yang mendakwa beliau dipergunakan oleh pihak tertentu untuk fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Sebaliknya, bekas pembantu peribadi Anwar itu percaya bapanya, Azlan Mohd Lazim, menjadi mangsa kerakusan politik Ketua Umum PKR.


Ayah terpengaruh

“Sudah terang apabila bapa saya membuat sidang media pagi semalam bersama (Datuk) Johari Abdul (Ahli Parlimen PKR, Sungai Petani).

“Saya tidak tahu bagaimana ayah boleh terpengaruh kerana sebelum ini ayah bersama saya setiap hari di mahkamah dan mengutuk Anwar, malah selepas keputusan Mahkamah Tinggi, ayah mendesak Pejabat Peguam Negara membuat rayuan terhadap kes ini,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Hanya media terpilih 


Terdahulu, Azlan pada sidang akhbarnya pagi semalam, memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa kes liwat anaknya sebagai fitnah serta konspirasi politik ke atas Ketua Pembangkang itu.


Portal The Malaysian Insider melaporkan wartawan media terpilih dibawa oleh Johari untuk ke sidang media Azlan. Media arus perdana tidak dimaklumkan mengenai sidang media itu, yang menurut Keadilan Daily diadakan di tingkat 27 sebuah apartmen di Taman Melawati, Gombak.

Mohd Saiful pada sidang medianya bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berganjak terhadap dakwaannya.

“Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya.

“Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh kepada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya dilafazkan sehingga akhir hayat.

Beri amaran kepada Anwar

“Kepada Anwar bertaubatlah, telah lima tahun saya bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar..., saya pasti Allah akan balas apa yang saudara (Anwar) lakukan..., sungguh terdesak dan jijik sekali.

“Saya juga membuat amaran kepada Anwar, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat. Walau apapun berlaku, saya yakin pada Allah bahawa kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

“Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran dan pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa,” katanya.

Saiful Bukhari berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan ayahnya dan sebagai anak, kasih sayang serta hormat kepada Azlan akan kekal hingga akhir hayat.

Terkejut tindakan ayah

“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah ialah malam kelmarin, malah hujung minggu lalu kami sekeluarga pergi ke Kelantan dan Terengganu..., hari ini (semalam) saya terkejut dengan perkara seperti ini,” katanya.

Sementara itu, peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus menafikan dakwaan Azlan bahawa segala kenyataan Saiful Bukhari dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh beliau.

Ambil tindakan undang-undang

Zamri menegaskan beliau akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan.
Januari tahun lalu, Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Sumber: Berita Harian

2 comments:

  1. 'tigak akan berganjak daripada DAKWAAN SAYA' -- why should he say that?

    sepatutnya.. bukan DAKWAAN.. itu KEBENARAN.. saya takkan berganjak daripada kebenaran.. cause it happenned..and you were sodomized!!

    kalau tak berganjak daripada DAKWAAN, i really think you hv not been wrong by DSAI.. but you have wrong yourself..

    DONT LIE

    ReplyDelete
  2. entah, mcm hal ini tak tau mana yang benar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...