Tuesday, March 12, 2013

PM jawab isu menjelang PRU-13

Posted by Smookiekins On 3/12/2013 03:59:00 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh rakyat mengenai isu semasa menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dalam program Perbualan Bersama PM di TV3 pada jam 9 malam ini.


Dalam program inisiatif akhbar New Straits Times (NST) dan disokong oleh Media Prima Berhad serta dihoskan pengacara Hamdan Ahamu, Perdana Menteri akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh penonton, selain menjawab beberapa soalan menerusi emel. 

Antara soalan ialah adakan beliau bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum dan pendapatnya mengenai prestasi BN. Perdana Menteri juga akan memberi penjelasan mengapa beliau terus memberi bantuan BR1M.


Najib juga bercakap panjang lebar mengenai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan menangkis manifesto pilihan raya pembangkang.

Jemputan khas

Antara kelompok besar penonton ialah pembaca setia akhbar NST yang dijemput khas ke program berkenaan, selain pembaca dua lagi akhbar terbitan kumpulan The New Straits Times (M) Bhd (NSTP), iaitu BH dan Harian Metro.


NSTP menerusi akhbar terbitannya sebelum ini menyiarkan iklan mempelawa orang ramai yang ingin mengajukan soalan berhubung isu semasa untuk dijawab oleh Perdana Menteri dalam program itu. 

Program Perbualan Bersama PM bertujuan memberi peluang kepada rakyat berinteraksi dengan Perdana Menteri dan mendapatkan jawapan terus daripada beliau berhubung isu semasa.


Siaran juga boleh diikuti menerusi laman sesawang www.tonton.com.my serta versi online NST, BH dan Harian Metro. 


Sumber: Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...