Saturday, March 16, 2013

Lucut kerakyatan tali barut pengganas Sulu

Posted by Smookiekins On 3/16/2013 09:27:00 AM

Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.

"Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka. Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.

"Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati.


Sumber: Sinar Harian
Reactions:

3 comments:

  1. talibarut harus dikenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete
  2. sokong sepenuhnya.biar mereka hargai setelah kehilangan kewarganegaraan Malaysia mereka.

    ReplyDelete
  3. Tali barut juga dalang pencerobohan ni..sama2 kenakan tindakan berat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...