Tuesday, March 5, 2013

Pembangkang jangan kelirukan rakyat

Posted by Smookiekins On 3/05/2013 04:38:00 PM
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim perlu diberi amaran keras kerana menuduh Umno dalang kes pencerobohan kumpulan rakyat Filipina bersenjata di Lahad Datu.

Tuduhan tu bukan saja amat memalukan tetapi juga mengelirukan rakyat Malaysia dan Filipina ketika semua pihak mahu tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab disebalik kejadian itu.

Naib Presiden PKR Tian Chua pula disifatkan sebagai celupar, tidak waras, penipu dan mengamalkan permainan politik durjana kerana menuduh pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datuk sebagai konspirasi UmnoBN.

Kenyataan Tian Chua itu mengundang kecaman pelbagai pihak, daripada pemimpin kerajaan dan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pesara, ahli akedemik sehinggalah pemimpin belia. Semua kesal dengan sikap pemimpin pembangkang itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya termasuk dilucutkan kerakyatan.

Tian Chua hanya mahu membangkitkan kemarahan, menjadi pengacau sehingga sanggup menabur fitnah memburukkan Umno untuk kepentingan sendiri. Kenyataan tidak bertanggungjawab Tian Chua itu membuktikan pakatan pembangkang kini kehabisan modal sehingga sanggup mengeluarkan tuduhan mengarut, bohong dan tidak masuk akal. 

Naib Presiden PKR itu bercakap seperti orang tidak waras, sedangkan insiden di Lahad Datu itu membabitkan kesalamatan negara. Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap Tian Chua yang melakukan satu pembohongan besar.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jenaral (B) Tan Sri Abdul Rahman kesal dengan tindakan beberapa bekas rakan seperjuangan yang secara terbuka menyokong pembangkang. 

Tindakan itu boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap imej dan kredibiliti ATM, mereka sepatutnya berpegang teguh kepada etika profesional. Tindakan mereka tidak wajar, bertentangan etika serta 'Ikrar Satria' warga tentera yang sepatutnya terus menjadi pegangan. 

Presiden Filipina, Benigno Aquino mengesa pengikut Sultan Sulu di Sabah menyerah diri tanpa syarat kepada pihak berkuasa Malayasia tetapi ditolak oleh ketua kumpulan pencoroboh itu. Benigno menegaskan perbuatan mereka menceroboh untuk menuntut Sabah dikembalikan kepada Kesultanan Sulu adalah tindakan yang salah.



Ditulis oleh Smookiekins (Admin)
Reactions:

6 comments:

  1. Nampak gayanya PR telah dikuasai oleh ketua PKR.

    ReplyDelete
  2. Semakin merbahaya kalau macam ini sampaikan PAS tidak dapat bersuara lagi mengenai kepentingan agama.

    ReplyDelete
  3. PAS juga seperti tewas oleh DAP sehinggakan PAS tunduk dengan DAP.

    ReplyDelete
  4. Apa sudah jadi dengan PR sekarang ini. Tambahan lagi Anwar cuba menguasai mereka dan memberikan arahan tanpa bantahan.

    ReplyDelete
  5. Kita percaya yang mana pembangkang semakin hilang kepercayaan rakyat sekarang ini. Ini kerana rakyat semakin menolak PR tambahan lagi dengan manifesto yang tidak mengkaji akan keburukan pada akan datang.

    ReplyDelete
  6. pembangkang mmg kaki penghasut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...