Thursday, February 21, 2013

Jangan mudah percaya khabar angin berkaitan isu keselamatan

Posted by Smookiekins On 2/21/2013 04:52:00 PM
Rakyat diminta agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan isu keselamatan dan politik serta pembangunan di negeri ini.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, berkata rakyat seharusnya merujuk kepada pihak pemimpin di peringkat kampung atau pengerusi keselamatan daerah bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Menurutnya, rakyat tidak perlu takut dan gusar berkaitan isu keselamatan kerana kerajaan melalui pasukan keselamatan sentiasa melaksana tugas dengan penuh tanggungjawab.

“Dapatkan maklumat daripada mereka yang telah dipertanggungjawabkan dan bukannya mendengar khabar-khabar angin yang boleh membingungkan diri sendiri, pasukan keselamatan sentiasa menjaga keselamatan dengan dedikasi,’’katanya.

Beliau berkata demikian sempena menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 0.2 bagi kawasan Parlimen Semporna di sini.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Haji Minduru Mohd Noor, Ketua Bahagian PBS Semporna, Hassan Gabrah dan Naib Ketua Bahagian MCA Semporna, Teo Teng Yung serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Sementara itu, beliau yang juga wakil rakyat kawasan Senallang, menasihatkan para penerima BR1M memanfaatkan bantuan itu dengan sebaiknya untuk keperluan keluarga.

Nasir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap rakyat tanpa mengira suku bangsa, anutan agama mahupun fahaman politik, semuanya akan diberikan pelbagai bantuan yang diperlukan berdasarkan kelayakan masing-masing.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Semporna, Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba, memberitahu setakat ini seramai 17,000 penerima termasuk golongan belia telah menerima BR1M 0.2 bagi kawasan Parlimen Semporna.

Beliau turut menasihatkan masyarakat di kawasan itu yang belum menerima surat tawaran BR1M 0.2 merujuk kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pada majlis itu seramai 1,500 penerima menerima BR1M.



Sumber: New Sabah Times

3 comments:

  1. byk pihak kelaurkan khabar tidak benar, kita jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  2. Serahkan pada pihak berkuasa untuk selesaikan isu ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga keadaan akan bertambah baik.tuntutan Filipina terhadap Sabah sepatutnya sudah lama digugurkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...