Friday, February 8, 2013

Program Belia 'My Beautiful M'sia'

Posted by Smookiekins On 2/08/2013 04:13:00 PM
Program My Beautiful Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seharusnya memberi  petunjuk jelas kepada generasi muda dalam membina negara bangsa yang gemilang. 

Sebagai pewaris negara, belia Malaysia sewajarnya menjadi pengerak utama untuk meneruskan kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang. Biar pun My Beautiful Malaysia adalah program kesukarelawanan sempenaperisytiharan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara, ia memberi peluang kepada generasi muda memahami tanggungjawab masing-masing dan saluran betul untuk menjuruskan tenaga dengan aktiviti bermanfaat dan membina.

Generasi muda negara perlu mempunyai hala tuju jelas bagi menjayakan segala program transformasi yang dirancang kerajaan bagi menjayakan matlamat Wawasan 2020. Sebarang penyelewengan pemikiran, terutama oleh politik pelampau dan songsang hanya akan menjebak mereka ke kancah yang bukan saja boleh mengugatkan kemakmuran dan ketenteraman yang dinikmati selama ini tetapi juga menggelapkan masa depan rakyat dan negara.

Hal itu sudah tentu tenaga generasi muda negara akan menjadi sia-sia jika ia dihalakan untuk aktiviti tidak berfaedah yang hanya menafikan hak majoriti rakyat untuk hidup aman damai dalam negara yang makmur.

Penyertaan lebih sejuta sukarelawan pada pelancaran serentak program itu di 390 lokasi di seluruh negara memberi harapan baru kepada kita bahawa Malaysia mempunyai masa depan yang gemilang. Biar pun diduga pelbagai ujian termasuk yang dicetuskan mereka yang kemaruk kuasa, tanah air bertuah yang dikongsi bersama ini masih terhindar daripada musibah seperti yang berlaku di banyak negara lain. 

Nama My Beautiful Malaysia seharusnya menyedarkan setiap rakyat betapa negara yang didiami ini indah bukan saja pada aspek persekitaran tetapi juga kehidupan. Tiada negara lain seperti Malaysia yang rakyat pelbagai kaum dan agama dapat memupuk keharmonian mengikut rukun yang dipersetujui pemimpin terdahulu untuk merealisasikan impian yang satu, iaitu kehidupan yang aman dan makmur.

Perdana Menteri berkata Malaysia sememangnya indah dan tidak wajar untuk mereka yang mengaku rakyatnya memperlekehkan negara sendiri dan menidakkan apa yang dikecapi bersama hari ini.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua rakyat, khususnya generasi muda untuk mempertahankan apa yang dinikmati dan diwarisi kelak.



Dituliskan oleh Smookiekins (Admin)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...