Friday, February 15, 2013

Janji kerajaan rakyat perlu yakin

Posted by Smookiekins On 2/15/2013 03:16:00 PM
BR1M memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang berpendapatan rendah di seluruh negara. 

Walaupun bantuan tunai RM500 untuk isi rumah dan RM250 untuk individu bujang itu diberi setahun sekali, ia amat bernilai bagi golongan berpendapatan rendah. Bagi mereka, BR1M sedikit sebanyak meringankan beban hidup ketika tekanan inflasi begitu dirasai. Bagi kerajaan, BR1M yang masuk tahun kedua pelaksanaannya bukan saja membantu yang memerlukan tetapi juga meransangkan pertumbuhan ekonomi. 

Apabila ekonomi berkembang, maka hasil kerajaan juga akan meningkat dan boleh digunakan untuk lebih banyak pembangunan negara serta bantuan terus kepada rakyat. Begitu juga dengan produk 1M'sia lain yang bertujua membantu secara langsung golongan sasar. 

Jika sebelum ini bantuan kerajaan seperti subsidi petrol lebih menguntungkan golongan berada, bantuan khusus seperti BR1M menangani kelemahan sistem agihan semasa dan memastikan manfaatnya dikecapi mereka yang benar-benar memerlukan.

Justeru, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 pastinya melegakan golongan sasaran mencukupi lebih suku daripada penduduk negara ini. Malah, kata Najib, lebih banyak insentif seperti BR1M akan disalurkan kepada rakyat jika BN mendapat mandat besar pada pilihanraya umum kali ini. 

Mungkin bagi pembangkang ikrar Perdana Menteri itu sekadar janji pilihanraya tetapi hakikatnya janji sebelum ini sudah ditepati kerajaan. Malah, pelabur asing sedang menanti perkembangan politik di M'sia. 

Jika kerajaan tidak menerima mandat lebih besar daripada rakyat, keyakinan mereka terhadap M'sia sebagai destinasi pelaburan juga akan luntur. Apa lagi jika mereka hanya melihat BERSIH 4.0 atau 5.0, bukannya BR1M 3.0 atau 4.0, mewarnai landskap politik negara.

M'sia akan kehilangan segala tarikan jika politik negara bergolak, sekali gus menjurus kepada masa depan tidak menentu. Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk membuat pilihan tepat dan bijak demi masa depan bersama yang gemilang. 

Bukankah lebih baik memilih kerajaan mampu memberi bantuan dan menunaikan janji berbanding pembangkang yang sekadar pandai berjanji dan berdemonstrasi?


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)
Reactions:

11 comments:

  1. janji kerajaan akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  2. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan ternyata melukakan hati ramai pihak yang memerlukan bantuan itu.

    ReplyDelete
  3. kenyataan Menteri Besar Kelantan itu juga sebenarnya menghina mereka yang benar-benar memerlukan bantuan BR1M bagi meringankan beban kewangan.

    ReplyDelete
  4. penerima BR1M merupakan kumpulan yang dikenal pasti kerajaan benar-benar memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  5. Tidak sangka seorang alim yang dianggap ulama sanggup membuat kenyataan sumbang seperti itu.

    ReplyDelete
  6. Penerima-penerima BR1M terdiri daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik

    ReplyDelete
  7. Kenyataan Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M seolah-olah seperti haiwan sudah tentu mengguris dan melukakan hati ramai orang yang benar-benar memerlukan bantuan BR1M untuk meringankan beban kewangan mereka

    ReplyDelete
  8. BR1M2.0 is testimony of the BN government’s commitment and sincerity to the people through thick and thin

    ReplyDelete
  9. This was because the cash assistance was given out whether there was election or not, he pointed out.

    ReplyDelete
  10. the opposition had been making wild allegations that the BR1M was given out as a ‘candy’ to garner electorate’s support for the BN at the coming polls.

    ReplyDelete
  11. BR1M has been given out since last year when there was no election.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...