Monday, January 7, 2013

Rakyat patut bersyukur

Posted by Smookiekins On 1/07/2013 03:25:00 PM

Rakyat wajar bersyukur kerana memiliki pemerintahaan daripada kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan mereka hidup dengan harmoni dan menikmati kemakmuran serta kesejahteraan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan rakyat menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran.

“Apa yang dilakukan oleh BN adalah hanya untuk rakyat yang pelbagai kaum dan bukannya untuk kepentingan diri atau individu tertentu,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal yang menyambut perayaan Krismas di Gereja Katolik St Micheal’s Lumadan dekat sini kelmarin.

Menurutnya Kerajaan BN juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan sentiasa memastikan perpaduan serta persefahaman rakyat tidak akan tergugat.

Beliau berkata rakyat tidak akan menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran sekiranya mereka memilih untuk menyokong pembangkang.

“Pembangkang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kepentingan individu tertentu yang mahukan kuasa, mereka bukan berjuang untuk rakyat,” katanya dan menambah rakyat boleh melihat apa yang diperjuangkan oleh pembangkang dengan begitu jelas.

Katanya rakyat boleh berfikir sendiri mengapa pembangkang sanggup mempergunakan isu agama dan mengapi-apikannya kepada rakyat.

Menurutnya isu itu dipergunakan untuk mencetuskan perbalahan di kalangan rakyat “dan jika perbalahan rakyat berlaku tentu sekali perpaduan dan persefahaman rakyat pelbagai kaum akan lenyap.”

“Apabila perpaduan dan persefahaman itu lenyap, maka rakyat tidak akan lagi dapat menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian…rakyat pasti akan menjalani kehidupan dalam sebuah negara yang huru-hara,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap agar rakyat tidak akan terpengaruh dengan pembohongan dan fitnah yang disebarluaskan oleh pembangkang ketika ini.

Katanya rakyat juga jangan mengikut emosi sebaliknya membuat keputusan menerusi penilaian dan penelitian.

“Rakyat harus sedar apa yang diputuskan ketika ini kesannya akan turut dirasai oleh generasi akan datang…buatlah keputusan yang terbaik dengan mengekalkan sokongan kepada BN dan jangan buat keputusan yang akan menimbulkan kekesalan,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Umno Zon Lumadan, Muanam Mujiarto, Ketua Anak Negeri Lumadan, Jalip Sabli, Pengerusi JKKK Kg. Batu 6 Lumadan, Sarun Dambun dan Ketua Kampung Batu 6, Salleh Katim.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

11 comments:

  1. rakyat harus bersyukur akan keharmonian dan keamanan yang dikecapi.

    ReplyDelete
  2. Sabah Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan refuted opposition claims of Barisan Nasional (BN) not having brought ‘any development’ to the state and its people for the past 49 years as a big lie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Describing the opposition’s allegations as a tactic to garner votes for the upcoming general election, he added that Sabahans could see the evidence for themselves with the provision of basic facilities, infrastructure, education, electricity and water supply.

      Delete
    2. Conditions have come a long way since I (Pairin) entered politics in 1975 or 1976. Sabah was lacking in many areas but now there’re roads, electricity and water supply, schools, institutions of higher learning (Universiti Malaysia Sabah), even in Kiulu

      Delete
  3. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was in the midst of actively transforming the country towards a developed nation with a high income population by 2020 through the Government Transformation Programme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prime Minister was a people’s leader who always went down to the grassroots to treat and resolve their problems, especially in rural and secluded areas.

      Delete
  4. Rural folk must continue their support for Barisan Nasional in the coming general election for continued development in their area.

    ReplyDelete
  5. I believe BN would still be in power after the election and the party in power has the authority to distribute allocations

    ReplyDelete
  6. If we are not with the government, we could be deprived of financial assistance for development

    ReplyDelete
  7. BN greatest threat is the enemy within

    ReplyDelete
  8. This will affect BN’s winning potential in the areas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...