Wednesday, January 9, 2013

Kajian StandChart M'sia antara ekonomi terbaik Asia

Posted by Smookiekins On 1/09/2013 04:10:00 PM
Malaysia dijangka akan mengulangi catatan prestasi ekonomi mantap pada 2013, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai antara ekonomi terbaik Asia.

Menurut laporan Global 2013 yang dikeluarkan oleh Standard Chartered Bank pertumbuhan ekonomi mantap didorong dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4.7%. Kemantapan pertumbuhan ekonomi negara bakal disokong khususnya oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang merancakkan pelaburan baru, sekali gus menyokong pertumbuhan pelaburan pada 2013.

Walaupun unjuran kadar pertumbuhan 4.7% itu sedikit rendah daripada unjuran 5% pada 2012 disebabkan faktor asas yang tinggi, namun unjuran pertumbuhan berturutan itu kekal tinggi berbanding purata dicatatkan negara pada tahun-tahun sebelum ini.

Kajian StanChart itu mendapati penggunaan dijangka kekal kukuh pada 2013 didorong pasaran buruh yang ketat, pengurang liabiliti cukai pendapatan individu dan pelaksanaan gaji minimum pada Januari 2013 ( RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak ). Ekonomi domestik kekal kukuh, dijangka berada pada kadar rendah 3%.

Ini akan mengekalkan:

  • Perbelanjaan pengguna
  • Liabiliti cukai lebih rendah
  • Pemberian bonus kakitangan kerajaan akan turut mendorong untuk berbelanja.
Harga komoditi juga dijangka pulih pada 2013, sekali gus akan melonjakkan keupayaan perbelanjaan penduduk luar bandar berikutan kuasa membeli yang lebih tinggi.

StanChart berpendapat, pelaksanaan gaji minimum berkemungkinan memberi kesan kepada kira-kira 25% daripada 13 juta tenaga kerja.

ETP yang menyasar mengubah M'sia beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi peningkatan pelaburan dijangka menyokong pertumbuhan pelaburan pada 2013.
  • Tumpuan pelaksanaan ETP akan terus menyokong pelaburan dengan kerajaan memperuntukan RM3b kepada projek seperti:
    • Mencantikkan Lembah Klang
    • Sistem Aliran Transit  Massa (MRT) 
  • Pelaburan negara berkembang 21.3% tahun ke tahun pada separuh pertama 2012, dipacu pelaburan swasta dan awam.
    • StandChart menjangka permintaan luaran bersih akan turut mengukuh  pada 2013 melainkan ekonomi utama seperti Amerka Syarikat dan China membuat kejutan.
    • Ini akan membantu mengurangkan kesan asas tinggi disebabkan penggunaan dan pelaburan domestik yang kukuh pada 2012.
Sektor pembuatan dijangka mengukuh pada 2013 di tengah-tengah persekitan luaran yang lebih baik.


Ditulis oleh Smookiekins ( Bahan rujukan Berita Harian)




15 comments:

  1. Faktor keamanan dan keselamatan negara merupakan antara yang diambilkira oleh pelabur untuk melabur di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Semoga prestasi ekonomi negara akan terus meningkat pada tahun 2013 ini.mudah-mudahan!

    ReplyDelete
  3. ekonomi Malaysia mmg antara terbaik.

    ReplyDelete
  4. Pakar ekonomi menyifatkan Bajet 2013 sebagai satu pembentangan perbelanjaan kerajaan yang distruk-tur dengan realistik dan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka juga melihat inti pati bajet bagi tahun depan itu dirangka sempurna kerana memiliki keseimbangan antara elemen sosial dan ekonomi, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi mengubah status ekonomi Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi.

      Delete
  5. Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata, Bajet 2013 dilihat sebagai bajet yang menyediakan asas untuk mengubah ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini amat jelas kerana pendekatan dan pembiayaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 itu ditumpukan terutama kepada sektor utama seperti pendidikan, perkhidmatan kewangan, minyak & gas dan pertanian yang dikenal pasti mampu menjadikan Malaysia sebuah ekonomi maju

      Delete
  6. cadangan yang terkandung dalam bajet bagi 2013 itu turut menghapuskan kebimbangan ahli ekonomi sebelum ini bahawa kemungkinan kerajaan meningkatkan perbelanjaannya bagi mengambil hati pengundi menjelang pilihan raya.

    ReplyDelete
  7. Jumlah perbelanjaan kerajaan dilihat berada pada tahap perbelanjaan yang hampir sama seperti Bajet 2012 dan ahli ekonomi berasa selesa dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat realistik dan boleh digunakan sebagai alat penampan di tengah-tengah persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Jadi kerajaan tahu bagaimana untuk bertindak dalam situasi ekonomi pada masa ini

      Delete
  8. Peruntukan Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion, hanya lapan peratus lebih tinggi berbanding RM232.8 bilion bagi 2012.

    ReplyDelete
  9. langkah kerajaan berusaha mengurangkan defisit kepada 4.0 peratus daripada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding jangkaan 4.5 peratus bagi 2012 dapat mengukuhkan kedudukan negara dalam menangani kelemahan ekonomi global.

    ReplyDelete
  10. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin pula menyifatkan Bajet 2013 sebagai komprehensif dan mengambil kira keperluan membendung defisit fiskal serta menyegerakan transformasi kepada ekonomi yang lebih berdaya saing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau memandang positif beberapa langkah kerajaan, termasuk sasaran penurunan defisit serta insentif pelaburan dalam beberapa sektor industri secara berpilih.

      Delete
  11. langkah kerajaan memperuntukkan cukai pelaburan 100 peratus selama 10 tahun untuk syarikat minyak dan gas menjalankan pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum bakal menggalakkan kemasukan serta pembabitan lebih banyak syarikat asing dan tempatan di dalam negara.

    Ini seterusnya akan menjadikan negara sebagai hab yang kukuh dalam industri minyak dan gas di rantau ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...