Tuesday, January 8, 2013

Hala tuju penjawat awam 2013

Posted by Smookiekins On 1/08/2013 03:25:00 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegaskan hala tuju penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka memastikan Belanjawan 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan memberi tumpuan kepada agenda transformasi negara yang memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata sesuai dengan belanjawan (bertemakan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’) sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hala tuju yang berteraskan intipati belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini kelmarin.

Beliau berkata ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.

Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.

Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.

“Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai,” katanya.

Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.

Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

“Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.

“Tahun ini banyak inisiatif baharu akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara,” katanya.



Sumber: New Sabah Times
Reactions:

14 comments:

  1. penjawat awam perlu tingkatkan mutu kerja mereka.

    ReplyDelete
  2. Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penjawat awam menjadi lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dan lebih prihatin terhadap denyut nadi rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan.Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri berkata dalam usaha membawa negara ke arah kecemerlangan, penjawat awam tidak boleh berada di takuk lama.

    ReplyDelete
  3. "Jika kepantasan perlu dalam menjalankan tugas harian, maka sikap penjawat awam juga harus berubah dan mereka seharusnya bersikap positif dan bersama berganding bahu bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Muhyiddin berkata penjawat awam juga seharusnya lebih bersifat kreatif dan inovatif serta proaktif dalam menjalankan tugas harian mereka."Ditambah pula dengan kepantasan seperti yang diseru oleh Perdana Menteri kita, menjadikan kita lebih berdaya saing di peringkat global," katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata kesemua itu akan memberi kesan dan impak positif kepada pentadbiran kerajaan dan perkara itulah yang dimahukan oleh rakyat.Rakyat negara ini juga amat bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan progresif yang didukung oleh penjawat awam yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing.

    ReplyDelete
  6. sebagai jabatan utama kepada kerajaan, setiap warga JPM bukan sahaja memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan dan lain-lain kepada kakitangan JPM.Malah, katanya, mereka juga bertanggungjawab menjadi pusat agensi utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan selaras dengan matlamat kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Semoga penjawat awam di seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. kerajaan sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumbangan penjawat awam yang telah banyak membantu negara mengecapi pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencapaian Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk menduduki tangga ke-10 dalam senarai 'The 2011 Foreign Direct Investment Confident Index List' selain menjadi negara yang ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan baru-baru ini membuktikan ia adalah sumbangan penjawat awam.

      Delete
  9. Pencapaian Malaysia hari ini adalah hasil daripada pencapaian yang dicipta penjawat awam,

    ReplyDelete
  10. Kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan penjawat awam dan tidak seperti pembangkang yang memperkecilkan sumbangan kumpulan itu dalam pembangunan negara

    ReplyDelete
  11. strategi pembangkang yang hanya mahu menidakkan kejayaan kerajaan BN

    ReplyDelete
  12. Pembangkang harus faham bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia kerana dasar dan kerjasama dengan penjawat awam

    ReplyDelete
  13. Sumbangan penjawat awam di semua peringkat perlu untuk jayakan dasar-dasar kerajaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...