Tuesday, January 8, 2013

Fenomena air laut merah dijangka sehingga Jun

Posted by Smookiekins On 1/08/2013 03:22:00 PM

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata fenomena air laut merah yang berlaku di negeri ini sejak November tahun lalu dijangka berlarutan sehingga Jun tahun ini.

Justeru, katanya, orang ramai diminta mengelak daripada memakan semua jenis hidupan laut berkerang pada masa ini.

“Bagaimanapun semua jenis ikan, udang dan ketam adalah selamat dimakan,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Yahya berkata, fenomena laut merah atau dikenali sebagai ‘red tide’ yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan ‘phytoplankton dinoflagellate’ dalam air laut.

Fenomena berkenaan yang melanda negeri ini sejak dua bulan lalu mencetuskan kegemparan apabila mengorbankan dua mangsa berumur 14 dan sembilan tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.

Oleh itu katanya, orang awam bukan sahaja diminta menghindarkan dari memakan hidupan laut berkerang tetapi ditegah menjualnya kepada orang ramai.

“Semua jenis lokan, siput dan kerang adalah tidak selamat untuk dimakan dan situasi keracunan kerang ini dijangka berlarutan dan tahap racun dijangka naik lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan fenomena ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai secara berterusan.

Katanya, antara kaedah yang digunakan pada masa ini bagi memaklumkan kepada orang ramai termasuklah melalui poster dan juga Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Rainer Galid berkata, kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut ialah kawasan perairan daripada Kota Kinabalu hingga ke Papar.

“Kita akan terus membuat pemantauan di kawasan ini dan juga perairan negeri ini dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan perkembangannya,” ujarnya.


Sumber: New Sabah Times

12 comments:

  1. buat masa ini elakkan makan makanan laut.

    ReplyDelete
  2. Fenomena ni juga tidak dinafikan semakin menjadi2 kerana sikap manusia juga. membuang sisa toksik ke dalam laut.

    ReplyDelete
  3. Setakat ni, sudah dua orang menjadi mangsa keracunan akibat red tide. harap semua beringat soal makanan2 laut yang diambil.

    ReplyDelete
  4. Orang ramai dinasihat sentiasa mengikuti arahan dan amaran yang diberi pihak berkuasa ekoran fenomena air laut merah yang melanda Sabah ketika ini.

    ReplyDelete
  5. orang ramai perlu mengelak daripada mengambil makanan laut yang disahkan mempunyai toksin berlebihan seperti kerang

    ReplyDelete
  6. pihak berkuasa bertindak pro aktif dalam memberi maklumat tentang fenomena itu bagi memastikan keselamatan pengguna di negeri ini.

    ReplyDelete
  7. fenomena laut merah yang melanda negeri ini sejak dua bulan lalu telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar

    ReplyDelete
  8. Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.

    ReplyDelete
  9. Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah

    ReplyDelete
  10. Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan

    ReplyDelete
  11. daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar dan Tuaran.

    ReplyDelete
  12. Jabatan Kesihatan negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untukdianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangattinggi di dalam sampel kerang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...