Friday, December 7, 2012

Keikhlasan kerajaan wajar dihargai semua lapisan masyarakat

Posted by Smookiekins On 12/07/2012 01:15:00 PM
Keikhlasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak wajar dihargai semua lapisan tatkala terus dilempar dengan pelbagai dakyah dan tohmahan mengelirukan malah tetap memperjuangkan masa hadapan rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.


Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, berkata ini kerana Mohd Najib tidak mahu rakyat terpinggir memandangkan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ia mesti berkorban demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, prinsip perjuangan inilah membolehkan rakyat terus terbela dan sekali gus menunjukkan sokongan kepada kerajaan semakin meningkat di saat kumpulan pembangkang cuba menggugat kekuatan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

Katanya, rakyat tidak semudah itu untuk dipengaruhi memandangkan mereka sudah matang dapat menilai parti yang mampu membela nasib mereka dan bukan seperti pembangkang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kosong belaka.

“Saya mengambil contoh pemberian komputer riba 1Malaysia secara percuma termasuk pelbagai lagi bantuan dan inisiatif lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang memanfaatkan semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman.

“Inilah namanya kerajaan yang prihatin walaupun macam-macam tohmahan kita dengar tetapi Barisan Nasional (BN) tetap memastikan rakyat terutama di kawasan terpencil sekali pun mendapat pembelaan.
“Kita wajar bersyukur dengan kerajaan BN khususnya kepada Mohd Najib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang tidak putus-putus memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Juslie menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Komputer 1Malaysia peringkat Parlimen Libaran di Dewan Sri Libaran, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Umno Bahagian Libaran, Haji Basrah Abdul Rahman; Bendahari Bahagian, Salzo Haji Asa dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran, Sapilin Mohd Yassin.

Dalam konteks ini, Juslie yang juga selaku Timbalan Ketua Umno Libaran berharap pada penerima komputer riba 1Malaysia agar memanfaatkan kemudahan berkenaan sebaik mungkin dan bukannya disalahgunakan.

Tambah beliau, rakyat negara ini sesungguhnya sangat beruntung kerana kerajaan BN ingin melihat rakyat terutama generasi muda sentiasa peka dengan perkembangan Teknologi Maklumat (IT) agar tidak ketinggalan ketika kerancakan arus pemodenan global pada hari ini.

Menurutnya, usaha kerajaan BN adalah bukti kukuh ia terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat selari dengan perancangan dan matlamat menjelang Wawasan 2020 ke arah melahirkan masyarakat celik IT.

“Kalau diikutkan hati, kita mahu semua rakyat jelata mendapat komputer riba ini kerana masih banyak orang di luar sana yang ingin juga mendapatkan kemudahan diberikan secara percuma itu.

“Tapi, bersabarlah … kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang ikhlas dan prihatin akan ada juga peluang bagi mereka yang belum tersenarai sebagai penerima untuk komputer riba berkenaan,” ujar Juslie.

Ini katanya, BN sentiasa mengambil berat kepentingan semua kaum dan mana mungkin mereka yang amat memerlukan akan tercicir kerana kerajaan akan sentiasa mengenal pasti mana-mana individu belum mendapat manfaat akan tersenarai jua akhirnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan memastikan kemenangan mutlak akan tercapai.

Katanya, rakyat perlu hati-hati dalam memilih kerajaan kerana tiada lagi parti melainkan BN sahaja mampu memberi kesejahteraan kepada mereka baik dari segi pembangunan mahu pun kestabilan politik.
Pada majlis pengagihan komputer riba 1Malaysia bagi kali ketiga itu menyaksikan kira-kira 1,500 orang telah menerimanya yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

6 comments:

  1. Pairin turut menggesa rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori pelbagai pendekatan termasuk program transformasi yang banyak memberi faedah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. “Perdana Menteri kita prihatin, masalah kita dibawa di meja bulat untuk berunding, dia mendengar dan memberi perhatian,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Pairin berkata rakyat harus berganding bahu bagi memastikan segala yang dirancang dengan baik untuk masa depan rakyat dapat diteruskan.
    “Rakyat Sabah harus bersatu hati dalam BN dan elakkan perpecahan,” katanya.

    ReplyDelete
  4. rakyat kena memilih kerajaan yang benar2 dpt membela nasib mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harus terus menyokong kerajaan

      Delete
  5. Kesunggugan kerajaan dalam membangunkan Sabah dan rakyat harus dihargai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...