Thursday, November 1, 2012

Sabah perlukan keselamatan makanan, kata penasihat SLDB

Posted by Smookiekins On 11/01/2012 12:53:00 PM

Sabah perlu mengeksploitasi sepenuhnya potensinya yang besar di dalam sektor pertanian, khususnya di dalam perladangan beras, bagi memastikan keselamatan makanan negeri itu, kata Penasihat Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) Petrus Gimbad.

Katanya Sabah perlu melihat secara serius mengenai cara-cara untuk mengurangkan pengimportan beras kerana ia akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat, terutama sekali jika kerajaan memotong subsidi makanan yang diberikan.

“Adalah penting bagi Sabah untuk mempunyai keselamatan makanan dan ini hanya boleh dicapai jika ia dapat menyara diri, terutama sekali di dalam pengeluaran beras,” katanya.

Gimbad berkata demikian kepada Bernama selepas Perbahasan Meja Bulat Mengenai Transformasi Ekonomi Sabah di sini baru-baru ini.

Perbahasan itu dianjurkan oleh International Investor dan Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Sabah. Katanya pemanasan global telah memberi kesan kepada pengeluaran beras di sesetengah negara pengeluar beras, seperti Vietnam.

“Bolehkah anda bayangkan apa akan berlaku jika mereka berhenti mengeksport beras? Jika kita tiada keselamatan makanan, kita akan berhadapan masalah.

“Jika subsidi kerajaan ditarik balik, rakyat miskin akan menjadi lebih miskin kerana mereka perlu membeli makanan asas, dengan itu tiada sebab (untuk tidak melakukan perladangan padi secara komersil),” katanya.

Gimbad, yang juga ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Sabah, berkata sektor pertanian akan terus menjadi enjin penting pertumbuhan ekonomi Sabah.

Katanya industri getah juga mempunyai masa depan yang kompetitif.

“Sabah perlu melaksanakan perladangan getah yang besar kerana getah asli paling kompetitif berbanding dengan getah tiruan,” katanya.

Mengenai SLDB, katanya adalah penting bagi para pelabur asing untuk mengambil bahagian di dalam projek-projek pertanian seperti perladangan kelapa sawit kerana kebanyakan tanah dimiliki oleh rakyat persendirian.


Sumber: New Sabah Times

4 comments:

  1. Ada yang kata import beras dari Vietnam dikatakan tidak begitu selamat.

    ReplyDelete
  2. Diharap kerajaan dapat membantu dalam kawalan keselamatan makanan

    ReplyDelete
  3. Diharap kerajaan dapat membantu dalam kawalan keselamatan makanan

    ReplyDelete
  4. kena pastikan semua bekalan makanan adalah selamat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...