Friday, November 2, 2012

Guna BR1M sebaiknya, kata Ellron

Posted by Smookiekins On 11/02/2012 12:58:00 PM

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitarm, Datuk Ellron Alfred Angin menasihatkan golongan muda yang bakal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) musim kedua supaya menggunakan bantuan itu dengan sebaik-baiknya.

Katanya, BR1M musim kedua yang turut membabitkan golongan muda (bujang) ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat pelbagai lapisan di negara ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata, pemberian BR1M musim pertama disifatkan oleh beberapa pihak bahawa itu ada untuk memancing undi tetapi terbukti pada tahun lalu tiada pilihan raya diadakan.

“Justeru itu pada tahun ini BR1M diberikan lagi dengan penambaikan yang turut melibatkan golonngan muda berumur 21 tahun ke atas” katanya ketika diminta mengulas pemberian BR1M kepada golongan muda selepas merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Pegalan di Kompleks Sukan di sini kelmarin.

Beliau berkata, BR1M musim kedua ini perlu dimanfaatkan oleh golongan muda termasuk Ketua Isi Rumah yang akan memerima kali kedua agar bantuan berbentuk wang tunai itu digunakan bagi meringankan bebanan kewangan masing-masing.

“Gunakanlah kewangan yang diterima untuk membeli barang-barang keperluan yang berguna kepada keluarga dan individu bagi golongan bujang” katanya.

Dalam masa yang sama Ellron berkata, rakyat terutama bagi mereka yang berkelayakan menerima bentuan itu perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang begitu prihatin sehingga memberi BR1Mmusim kedua ini.

Dalam perkembangan lain Ellron berkata, setakat ini kawasan DUNSook telah menerima pelbagai program pembangunan kerajaan lebih kurang RM1billion projek naiktaraf jalan Sook – Sinua, pembinaan loji air di Pinipi Lanas, pembiayaan bekalan elektrik luar bandar, bantuan benih sawit melalui MPOB, getah melalui LIGS dan projek Ternakan Lembu Bersepadu di Sook.


Sumber: New Sabah Times

3 comments:

  1. BR1M yang diberi oleh kerajaan diharap digunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  2. Bantuan kerajaan diharap berterusan untuk meringankan beban dan membela nasib rakyat

    ReplyDelete
  3. bantuan yang diberikan kena digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...