Galakan serta pendedahan berbahasa Inggeris yang bermula di peringkat bangku sekolah mampu meng- atasi masalah berkomunikasi dalam bahasa itu pada masa hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Royal Institution Academy (RIA), John Britto, berkata kelemahan yang ketara dalam kalangan orang ramai khususnya pelajar ialah segan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
“Sebenarnya ramai masyarakat hari ini faham akan bahasa Inggeris. Misalnya, mereka dapat membaca dan memahami maksudnya.
“Tetapi apabila tiba masanya untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mereka berasa segan dan kekok dengan alasan tidak biasa bertutur dalam bahasa itu,” katanya di Majlis Penyampaian Sijil Program Kursus Bahasa Inggeris Percuma di SMK Bandaraya, di sini, kelmarin.
Katanya, kursus itu dilancarkan pada 20 Julai lalu di Hotel Ming Garden, di mana seramai 120 pelajar masing-masing dari tiga sekolah yang terpilih iaitu SMK Bandaraya, SMK Inanam dan SM La Salle.
John berkata, kursus anjuran RIA itu juga merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial RIA.
Katanya, antara tujuan untuk mengadakan kursus percuma itu untuk membuang rasa malu bertutur bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Katanya, RIA juga merupakan satu-satunya institusi yang ada di Malaysia dan berpangkalan di Sabah kerana lokasinya yang strategik.
John berkata, para pelajar yang ingin menjadi pelajar di institusi itu tidak perlu risau kerana sukatan pelajaran atau silibus yang ada diRIA adalah bertaraf antarabangsa dan berkualiti iaitu berdasarkan silibus daripada Negara Kanada.
Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan 6 Atas, Felix Liuhan berkata: “Saya sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang oleh sekolahnya untuk menyertai kursus percuma ini .”
Katanya, jika mengambil kelas tambahan dalam bahasa ini di luar sekolah kosnya agak mahal.
“Selepas saya menyertai kursus itu di RIA saya dapat menguasai bahasa Inggeris dan, kini saya yakin mampu bertutur bahasa Inggeris di hadapan orang ramai,” kata Felix Liuhan.
“Setiap hari Jumaat merupakan hari berbahasa Inggeris di sekolah kami dan para pelajar adalah diwajibkan untuk berbahasa Inggeris.
Bagi Vian Ervianna, pelajar Tingkatan 4 berakata, dulu sebelum belajar di RIA saya malu untuk bertutur bahasa Inggeris tetapi sekarang saya yakin dan tidak lagi segan.
Sumber: New Sabah Times
Satu usaha yang patut disokong untuk memastikan rakyat kita dapat menguasai bahasa english.
ReplyDeleteRasanya yang patut mendapat bantuan ini adalah dikawasan pendalaman yang kurang pendedahan mengenai bahasa English ini.
ReplyDeleteBerkomunikasi dalam bahasa Inggeris antara cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran ini. Jadi semoga cara ini akan dilakukan bagi yang terbaik kepada semua pelajar.
ReplyDeletemoga ia benar2 dpt meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.
ReplyDeletemungkin generasi muda hari ini perlu lebih banyak didedahkan dengan bahasa inggeris..
ReplyDelete