Thursday, July 5, 2012

SPA dikaji semula

Posted by Smookiekins On 7/05/2012 12:35:00 PM
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, Tan Sri Mahmood Adam, berkata pihaknya sedang mengkaji semula kesesuaian peperiksaan yang diadakan kepada calon bagi memudahkan mereka dapat melepasi syarat sebelum ditemu duga. Bercakap kepada pemberita di sini, kelmarin beliau berkata isu permohonan di kalangan kaum Cina paling ketara di negeri ini apabila sebanyak 2,717 dicatatkan pada tahun 2010, diikuti 2011 menurun kepada 2,417 dan sehingga Jun 2012 hanya 1,355 sahaja.


SPA sedang kaji semula kesesuaian peperiksaan untuk mudahkan calon lepasi syarat


Justeru itu, ujarnya, sebuah kumpulan pemikir kaum Cina dan India ditubuhkan untuk mengetahui punca masalah ini sekali gus mencari jalan penyelesaian. SPA, katanya lagi, sentiasa memberi peluang kepada calon yang layak mengisi kekosongan tanpa mengira kaum mahu pun agama.

Bercakap kepada pemberita selepas men- yempurnakan majlis perasmian Pusat Temu- duga SPA Sandakan di Bandar Maju, di sini, kelmarin beliau juga memberitahu bahawa SPA kini mempergiatkan rangka kajian berhubung kurangnya penyertaan masyarakat Cina dan India memohon dan bekerja di sektor perkhidmatan awam. Menurutnya, berdasarkan statistik SPA bagi tiga tahun kebelakangan ini (2009-2011), sebanyak 1.2 juta pemohon dicatatkan dimana 80 peratus adalah pemohon Melayu, 2 peratus Cina dan India dan selebihnya pemohon dari Sabah dan Sarawak.

“Kalau di Sabah, jurang itu tidak ketara berbanding di Semenanjung Malaysia di mana kita dapat lihat kurangnya permohonan daripada masyarakat Cina,” kata beliau sambil menambah permohonan terbuka kepada semua warganegara berdasarkan kelayakan, berkebolehan dan menepati kriteria yang diperlukan. Mahmood berkata, jika dilihat, tawaran gaji dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada mereka yang memasuki perkhidmatan awam amat baik.

Selain gaji, katanya, mereka juga akan mempunyai kemudahan lain seperti pemeriksaan kesihatan untuk keluarga, diri dan ibubapa, peluang melanjutkan pelajaran dan membuat pinjaman perumahan selain mempunyai pencen.

Terdahulu, berucap merasmikan pusat berkenaan beliau berkata sehingga Jun tahun ini, seramai 78,106 bilangan permohonan dicatatkan bagi mereka yang lahir di negeri ini.

Bagi sambutan kehadiran calon temu duga pula, SPA berhasrat mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus kehadiran dimana sehingga Jun tahun ini, 73.33 peratus dicatatkan dan ia amat memberangsangkan.Yang turut hadir sama, Setiausaha SPA Malaysia, Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urusetia Cawangan Sabah, Hj. Musa Sulaiman.

Sumber: New Sabah TImes

9 comments:

  1. Diharapkan mereka yang mempunyai kelayakan yang sesuai akan mendapat jawatan dalam SPA tanpa mengira bangsa ataupun agama.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya pemohonan jawatan dalam SPA mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai terutamanya di kalangan kaum cina.

    ReplyDelete
  3. kaji semula bagi memudahan permohonan ke SPA.

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau itu yang SPA ingin lakukan. Semoga ini akan dapat membantu memudahkan calon melepasi syarat peperiksaan.

    ReplyDelete
  5. kadang2 ada yang sudah banyak kali apply dan datang ujian tapi tidak pernah lepas. mungkin sekarang sudah putus asa sebab tu makin kurang yang apply. tapi apa yang tidak menyenangkan saya pernah dengar, mereka pilih berdasarkan kaum dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasar macam tu sepatutnya tiada. Lebih mengutamakan orang Sabah di Sabah

      Delete
  6. sekarang sudah ada 15 pilihan boleh dibuat. harap2 besarlah peluang untuk dapat pekerjaan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga kalau dikaji semula. harap2 ada la yang sangkut.

    ReplyDelete
  8. kadang2 ada jabatan2 kerajaan yang lebih mengutamakan saudara mara, sahabat handai dan keluarga sendiri dalam pengisian jawatan kosong.. hal ini juga perlu dipandang serius kerana ia boleh menyebabkan individu yang mempunyai kelayakan tidak diberikan peluang untuk berkhidmat dalam jabatan2 kerajaan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...