Thursday, July 5, 2012

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah mulai 8 Julai

Posted by Smookiekins On 7/05/2012 01:03:00 PM
Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF) kali ke-7 akan berlangsung pada 8 hingga 17 Julai ini di Kota Kinabalu dan Pusat Kebudayaan Penampang. Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Bolkiah Ismail berkata, pelbagai acara kebudayaan telah disusun termasuk perarakan budaya, pameran lukisan rakyat antarabangsa, pertandingan tarian tempatan dan antarabangsa dan pesta makanan tradisi Sabah.


 Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah mulai 8 Julai

“Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa akan diadakan di Pusat Kebudayaan Penampang pada 14 dan 15 Julai ini. Ia disertai 18 buah negara iaitu Brunei Darussalam, Republik Czech, Timor Timur, Finland, Indonesia, Kazakhstan, Latvia, Filipin, Poland, Thailand, Korea Selatan, Sri Lanka, Papua New Guinea, Kuwait, Egypt, Nigeria, Taiwan dan China. “Negara yang baru pertama kali menyertai festival ini ialah Republik Czech, Finland, Sri Lanka, Timor Timur, Kuwait, Papua New Guinea dan Nigeria. “Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin dijangka akan menyempurnakan penutupan pertandingan itu,” katanya pada sidang akhbar, di Wisma Tun Fuad Stephen di sini, kelmarin.

Bolkiah berkata, antara yang menarik dalam festival itu tahun ini ialah masot SIFF yang menggunakan “Bal-Bal” dan “Siwot Dalan” iaitu mahkluk mitos kepercayaan masyarakat kaum Iranun dan Dusun.
Mengikut kepercayaan kaum Iranun seseorang yang biasa mengamalkan “Bal-Bal” dikatakan terlibat dalam pertempuran, memiliki keupayaan untuk terbang dan kebal.

Manakala bagi kepercayaan masyarakat Dusun pula, “Siwot Dalan” adalah hantu yang sering diceritakan oleh orang tua-tua untuk menakutkan kanak-kanak yang suka keluar rumah pada waktu petang dan malam.
Bolkiah berkata, masyarakat luar negara juga mempunyai mempunyai kepercayaan masing-masing seperti pesta “Halloween”. Berkenaan dengan acara sepanjang SIFF, beliau berkata, Perarakan Budaya akan diadakan pada 10 Julai bermula dari Bagunan Wisma Budaya ke Lintasan Deasoka dan berakhir di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

“Pertandingan Tarian Tempatan akan diadakan pada 11 dan 12 Julai bermula jam 7 malam di Pusat Kebudayaan Penampang akan menampilkan lapan buah sekolah menengah dan lapan lagi sekolah rendah terpilih di seluruh negara. “Manakala pameran Lukisan Rakyat Antarabangsa pula akan diadakan selama enam hari bermula 9 Julai di Ming Garden Hotel. Pameran ini akan menggabungkan pameran anyaman dari orang asal Melbourne Australia dan penggiat seni dari Sabah,” katanya.

Katanya lagi, Pesta Makanan Tradisi Sabah yang akan disertai 12 etnik diadakan selama enam hari bermula 10 Julai ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Kompleks Sukan Penampang.

“Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa memberi peluang kepada pencinta seni untuk menikmati keunikan, keaslian dan keindahan persembahan tarian kebudayaan oleh pelbagai etnik dunia. “Ia juga bertujuan untuk mempromosi persefahaman, keamanan dan persaudaraan melalui budaya serta mempromosi pelancongan berasaskan budaya di kalangan negara-negara yang menyertai festival ini,” katanya.

Bolkiah berkata, selain itu SIFF dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan menarik di Asia selaras dengan slogan “Malaysia Truly Asia”. Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan SIFF berharga RM5 hingga RM50 kini dijual. Turut hadir, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Muhiddin Yusin, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Wences Angang, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Michael Emban.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

7 comments:

  1. festival ini mempamerkan kesenian dari pelbagai negara. marilah kita dtg beramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa boleh mempromosikan budaya etnik Sabah kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Festival yang menarik untuk dikunjungi. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Festival2 di Sabah pasti dapat menarik ramai pelancong yang akan berminat melancong di Sabah.

      Delete
  4. semoga diperbanyakkan lagi penganjuran aktiviti2 kebudayaan serta aktiviti lain yang mampu menarik kedatangan pelancong ke Sabah.

    ReplyDelete
  5. Kebudayaan amat unik di Sabah, jadi diharap generasi muda dan seterusnya dapat mengekalkannya.

    ReplyDelete
  6. beruntung rakyat Sabah kerana tidak perlu pergi ke luar negara untuk menyaksikan tarian kebudayaan negara2 luar.. saya harap lebih banyak penyertaan dibuka kepada negara2 luar ditahun2 akan datang..

    20 countries confirm participating in SIFF 2012
    20 groups to take part in Sabah folklore festival

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...