Friday, July 13, 2012

ICT: Taman-Taman Sabah mahu bertaraf dunia

Posted by Smookiekins On 7/13/2012 09:59:00 AM
Penggunaan aplikasi Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) memainkan peranan penting kepada hala tuju Taman-Taman Sabah (TTS), kata Pengarahnya Paul Basintal. Beliau berkata ia selari dengan usaha agensi itu yang mahu menjadi model pengurusan kawasan terlindung bertaraf dunia pada masa akan datang.
Katanya penggunaan ICT secara meluas akan memastikan TTS terus relevan dan mampu bersaing dengan agensi lain.

 Taman-Taman Sabah

“Warga kerja TTS perlu keluar dari kepompong zon selesa dengan mengaplikasi kemahiran penggunaan ICT dalam bidang tugas mereka,” katanya ketika menutup Seminar Julai TTS di sini kelmarin.

Beliau berkata bagi memastikan usaha transformasi melalui aplikasi ICT dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, TTS akan fokus terutamanya bagi memantapkan aspek pembangunan modal insan.

Sehubungan itu katanya penganjuran dan penyertaan warga kerja TTS bagi kursus berkaitan diberi tumpuan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

Beliau berkata Seminar Julai yang dianjurkan setiap tahun sejak 2008 bukan sahaja merupakan landasan untuk berkongsi maklumat berkenaan aktiviti oleh setiap bahagian tetapi pada tahun ini temanya sesuai dengan usaha TTS ke arah transformasi aplikasi ICT.

Sumber:New Sabah Times
Reactions:

7 comments:

  1. Semoga TTS akan menumpukan perhatian dalam usaha transformasi melalaui aplikasi ICT.

    ReplyDelete
  2. Kursus seperti ini bolehlah membantu memantapkanlagi pengetahuan dan kemahiran pekerja TTS dan mereka haruslah mengambil peluang ini untuk meningkatkan ilmu mereka.

    ReplyDelete
  3. pengetahuan ICT pada masa kini amat penting dan ia harus diperluaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ICT semakin penting sekarang ni, semuanya memerlukan pengetahuan ICT

      Delete
  4. Taman2 Sabah pun semakin maju

    ReplyDelete
  5. samada jumlah taman2 di Sabah bertambah atau tidak, penggunaan ICT tetap penting..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  6. memandangkan Taman2 Sabah terlibat secara langsung dengan penyelidikan, pendidikan, perancangan dan pembangunan dalam pemuliharaan dan konservasi taman Sabah, sepatutnya penguasaan ICT ini telah bermula lebih awal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...