Tuesday, June 26, 2012

Sook: RM11 juta untuk bina tiga jalan raya

Posted by Smookiekins On 6/26/2012 01:28:00 PM
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi membina tiga batang jalanraya di kawasan Sook. Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata peruntukan itu disalurkan oleh Kerajaan bagi projek naiktaraf jalan- jalan di Kg. Sodomon – Mailo sejauh 1.8 kilometer berjumlah RM3 juta, jalan Kg. Biah Tengah – Biah Skim sejauh 6 kilometer RM5 juta, jalan Biah Ring 2 kilometer RM3 juta

 Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi membina tiga batang jalanraya di kawasan Sook

Shaziman mengumumkan peruntukan itu dalam siri lawatannya di kawasan Parlimen Pensiangan pada Isnin.
Menteri Kerja Raya itu berkata, pembangunan infrastruktur jalan raya luar bandar adalah merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA. Katanya, kerajaan amat prihatin dengan pembangunan infrastruktur bagi memastikan rakyat di luar bandar tidak ketingglan dalam arus pembangunan perdana Negara.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk projek penaiktarafan jalan tersebut agar dapat menyiapkannya dengan sebaik mungkin demi menyahut seruan kerajaan dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020. Katanya, dengan terturapnya jalan-jalan berkenaan nanti ia akan memberikan kelegaan serta keselesaan kepada lebih 3,000 penduduk kampung serta pengguna jalan raya yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Apa yang penting bagi kita ialah supaya rakyat dapat mengacapi setiap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dan peruntukan dapat disalurkan secara optimum,” jelasnya.

Menurut Shaziman lagi, jalan di Kg Sodomon-Mailo telah pun mula dinaiktaraf bermula Jun 19 yang lalu, manakala jalan-jalan lain yang terlibat akan mula dibina selewat-lewatnya bermula bulan Ogos tahun ini dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Primus Takom, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sumber: New Sabah Times

8 comments:

  1. satu perkembangan yang baik.. saya harap selepas ini lebih banyak keluar di dada2 akhbar berkenaan dengan peruntukkan jalan raya di Sabah. kerajaan perlu juga tubuhkan pasukan pemantau bagi memantau kerja2 kontraktor bagi mengelakkan masalah sama berulang seperti terbengkalai atau tidak mematuhi piawaian..

    pembetulan: mengacapi → mengecapi

    ReplyDelete
  2. Banyak juga projek di Sook Keningau ni lepas PM lawat.daerah lain bila lagi??

    ReplyDelete
  3. Harap2 projek ni tiada berlaku kebocoran. biar selesai dengan sempurna pada waktu yang tepat.

    ReplyDelete
  4. Peruntukkan yang akan membaiki jalan yang dikawasan Sook ini. Ini akan membantu menyelesaikan masalah jalan yang berlaku dikawasan tersebut. Cadangan jika baik kalau dapat diteruskan pembinaan itu ke Tawau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan pasti akan memperbaiki jalan2 raya di Sabah secara berperingkat

      Delete
  5. Semoga jalan di sook dapat dimanfaatkan oleh pengguna di sana

    ReplyDelete
  6. Hope that the RM11 million roads in Kg. Sodomon – Mailo, jalan Kg. Biah Tengah – Biah Skim and jalan Biah Ring.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. This shows that the government pays attention to the people's needs by improving the road conditions in the state.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...