Tuesday, June 26, 2012

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kg. Dungkahang / Dahab Penampang pada 1 Julai 2012 (di Mini Dewanraya Kg. Dungkahang, Penampang. Menurut Pengerusi Penganjur perayaan, Vitalis Gondipon, pelbagai acara menarik telah diatur untuk memeriahkan lagi perayaan itu termasuklah Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-kanak.


 Pesta Kaamatan peringkat Kampung Dungkahang

Menurutnya lagi, walaupun musim perayaan sudah lama berlalu, namun semangat serta keinginan untuk mengadakan perayaan di kampung masih berkobar-kobar. Mengikut sejarah, perayaan tersebut sudah lama tidak diadakan di kampung berkenaan lebih 25 tahun yang lalu. Oleh itu, perayaan Pesta Kamatan pada tahun ini amat bermakna sekali terutamanya kepada penduduk kampung ini kerana ia bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkam lagi silaturahim sesama mereka.

Perayaan Pesta Kaamatan ini akan dirasmikan oleh A dun Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah. Terdahulu, pertandingan Sugandoi dan acara sukaneka akan diadakan sehari sebelum perayaan iaitu pada 30 Jun 2012 di tempat yang sama.

Sehubungan dengan itu, orang ramai terutamanya penduduk kampung berdekatan dijemput hadir bagi memeriahkan perayaan yang akan bermula pada jam 12 tengahari.

Sumber: New Sabah Times

9 comments:

  1. ramai2 kita datang pesta tersbut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai orang yang akan menghadiri pesta Kaamatan pada 1 Julai nanti.

      Delete
  2. yang masih tidak tahu tempat dia, kamu tunggu saja 1 Julai.. mana2 jalan jem, kamu ikut saja di belakang.. confirm sampai juga tu..

    ReplyDelete
  3. Wah!Lama sudah o kampung tu tidak sambut pesta kaamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah, ini kalilah enjoy sampai puas.

      Delete
    2. Boleh join pesta kaamatan sana

      Delete
  4. Biasa juga tu kaamatan disambut bukan bulan 5 sebab bulan 5 memang sibuk, banyak perayaan.

    ReplyDelete
  5. Setiap kampung yang diduduki oleh Kaum Kadazan Dusun pastikan mengadakan pesta kaamatan ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...