Monday, June 18, 2012

Ibu bapa: Beri galakan anak-anak maju dalam pelajaran

Posted by Smookiekins On 6/18/2012 09:17:00 AM
Ibu bapa sebagai pihak yang terdekat dengan anak-anak harus selalu memberi golongan muda itu kata-kata dorongan dan galakan untuk maju di dalam pelajaran terutamanya semasa di rumah. Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, berkata ia sudah pasti dapat membakar semangat generasi muda itu untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan.

Ibu Bapa berikan galakan anak-anak dalam pelajaran

Persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran anak-anak juga perlu katanya turut perlu disediakan oleh ibu bapa agar mereka tidak leka dengan pelbagai bentuk hiburan yang tersedia di hadapan mata. Tidak setakat itu katanya, penerapan disiplin yang tinggi, akhlak dan budi bahasa mulia serta didikan agama turut perlu dititik-beratkan agar golongan muda itu mampu dibentuk menjadi warga yang benar-benar cemerlang.

“Janganlah kita sesekali menggadaikan masa depan anak-anak kita dengan mengabaikan aspek pendidikan mereka serta perkara-perkara lain yang boleh membentuk diri mereka menjadi insan yang berguna,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya menerusi usaha kolektif semua pihak, generasi muda hari ini akan dapat dilahirkan sebagai pemimpin masa hadapan yang bakal meneruskan kesinambungan kepimpinan dan kejayaan negara.

Beliau berkata demikian sebaik selesai merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen P.190 Tawau, di Dewan Masyarakat Tawau, kelmarin. Dalam pada itu, Tawfiq turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang parti pembangkang yang dlihat sering memutar-belitkan pelbagai isu demi meraih simpati rakyat.

Katanya, mereka harus tahu menilai kesungguhan kerajaan membela nasib rakyat, yang selama ini jelas terbukti menerusi pelbagai bentuk program, bantuan dan kemudahan yang disediakan di segenap peringkat.
Pelbagai acara diadakan pada program tersebut termasuklah pertandingan bacaan, hafazan dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran oleh kanak-kanak Tabika Kemas.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

9 comments:

  1. Kalau bukan diri sendiri dan ibubapa, siapa lagi yang mampu beri galakan. harap anak2 zaman sekarang tidak leka dengan teknologi2 yang mampu memberi pengaruh yang negatif termasuk mengganggu pelajaran.

    ReplyDelete
  2. Ibubapa yang sangat utamakan pelajaran anak-anak mereka sanggup berkorban apa saja termasuk masa dan tenaga mereka.

    ReplyDelete
  3. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu-bapa adalah penting untuk meningkatkan prestasi anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  4. Pendidikan adalah penting untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan berdaya saing pada masa depan.

    ReplyDelete
  5. ibu bapa jg harus memainkan peranan dalam membantu anak2 mereka maju dalam pelajaran, mereka jg terlibat dalam mendidik anak2.

    ReplyDelete
  6. Betul..Ibubapa memainkan peranan bagi memastikan anak-anak dapat menumpukan pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  7. Ibu bapa adalah yang terpenting dalam membimbing anak2 tapi jangan sangat mendesak sehinggakan anak2 rasa tertekan. Bimbinglah dengan positif

    ReplyDelete
  8. Selain ibu bapa, anak2 pun harus berusaha untuk mengembirakan ibu bapa. Jangan sia2kan harapan ibu bapa

    ReplyDelete
  9. Ibubapa sudah tentu menggalakkan anak2 mereka maju dalam pelajaran, dan kerajaan juga perlu sama2 menggalakkan anak2 ini maju dalam pelajaran dengan menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan segala kemudahan2 yang diperlukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...