Situasi penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah dilaporkan berada di tahap terkawal, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Jamail Muhi.
“Kesemua kes-kes yang dilaporkan adalah tidak serius dan setakat ini
 tiada lagi sebarang kes kematian direkodkan” 
jelas Jamail Muhi ketika 
ditanya oleh pihak media di Majlis Makan Malam Timbalan Menteri 
Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bersama 
Pengamal Media di Hotel Promenade di sini, pada Sabtu.
Penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah 
 Sementara itu, dalam laporan harian mengenai situasi HFMD sehingga 5 Mei 2012 mencatatkan sebanyak 723 kes dengan kadar insiden 20 setiap 100,000 penduduk dicatatkan.
Ekoran dari kejadian itu juga, sebanyak 15 premis taska, tabika, 
prasekolah dan sekolah rendah telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan
 Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 4 premis lagi ditutup secara 
sukarela.
Premis-premis tersebut adalah empat di Penampang, empat  di 
Tambunan, 4 buah di Keningau, tiga di Tenom, dan masing-masing satu  di 
Pitas, Kota Marudu,  Beluran dan Sandakan manakala sebuah sekolah rendah
  di Sandakan ditutup pada 4 Mei 2012 secara sukarela.
Walapun begitu semua 18 sekolah yang ditutup dahulu sudahpun beroperasi seperti biasa.
Kementerian Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau kadar kes ini 
dan sesi pendidikan kesihatan telah dijalankan di kawasan-kawasan yang 
mempunyai kes HFMD yang tinggi. Taska, tadika dan sekolah rendah telah diberi pendidikan mengenai kawalan dan pencegahan HFMD selain dari pengedaran risalah, poster dan hebahan awam dibuat.
“Bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini, kita telah 
menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, bukan sahaja di 
sekolah-sekolah tetapi termasuk juga di kawasan-kawasan kampung.
“Kanak-kanak di sekolah dan di kawasan kampung diajar mengenai cara 
menjaga kebersihan diri seperti cara-cara membasuh tangan dengan betul,”
 katanya lagi.
Turut hadir di majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri 
Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Pengarah 
Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Hasan Abd Rahman dan Pengarah Kesihatan 
Negeri Sabah, Dr Mohd Yusof Hj Ibrahim, serta pengamal-pengamal media 
negeri Sabah.
Sumber: New Sabah Times 






hope the people will be aware of this disease.
ReplyDeletehope there will be no more death cases like last time.
ReplyDeleteIts important to take care of own hygiene to ensure good health for the whole body.
ReplyDeleteParents also play an important role in educating their children to be hygienic at all times.
Deletewalaupn ia terkawal, kena juga berhati-hati agar tidak terkena penyakit ini.
ReplyDeleteBagus la masih tahap terkawal tapi diharap segera surut penyakit tersebut sebab boleh menyebabkan kematian.
ReplyDeleteBikin takut ni penyakit, nasib di Sabah tiada kes kematian.
ReplyDeleteBiarpun belum ada kes kematian, langkah berjaga2 perlu di buat untuk mengelakkn perkara yang tidak diingini berlaku.
DeleteKebersihan anak2 harus selalu di utamakan..
ReplyDeleteWalaupun ia masih di tahap kawalan, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga2 juga.
ReplyDeleteIbubapa perlu ambil perhatian dalam hal ini.
ReplyDeleteAnak saya pun ada kena, tapi bagus sendiri dalam masa 1 minggu, takut juga nampak and kasihan sebab tidak boleh makan.
ReplyDeleteBaguslah kalau dapat dikawal mengenai penyakit ini. Kerana penyakit ini boleh membawa maut jika lambat diambil tindakkan.
ReplyDeletewalaupun isu penyakit ini sudah semakin reda, kementerian perlu sentiasa berjaga2 dan bersedia malah tidak sekali2 memandang remeh penyakit berjangkit ini.. lagi bagus jika ada pemeriksaan kesihatan percuma dianjurkan oleh kementerian kesihatan..
ReplyDeleteGood to know that the disease is under control now. Hopefully the ministry of health will send out more health messages so that people are more aware.
ReplyDeleteParents should ensure that the children take care of their hygiene properly to prevent this disease from spreading easily.
ReplyDelete